Wednesday, October 24, 2007

nilailah dengan ilmu...

Kebenaran itu pahit, perih, dan menyakitkan. Tapi kebenaran adalah sebenarnya punca kebahagian yang sebenar. Menyusuri kisah semalam aku menilik diri yang semakin tua jasadnya, tapi apa yang ku kesali ialah amalan ibadatku yang masih bergini. Aku tidaklah bercakap tentang solat atau puasa semata, tapi iman seluruhnya. hati dan jiwa ku.

Iman akan membentuk peribadi yang unggul, dengan iman seseorang itu akan jadi insan berperibadi mulia. Tapi iman akan menuntut sesuatu yang kekadang tak mampu kita lakukan. Untuk mendapat iman yang hakiki, keyakinan kepada ALLAH amatlah diperlukan. Meyakinkan setiap apa perintah dan larangan adalah terbaik untuk kita, walaupun kekadang cukup sukar kita membuat suruhan dan meninggalkan larangan.
Perasaan yang kita tanggung cukup perih, bila kita mengetahui sesuatu yang kita suka itu adalah sesuatu yang ALLAH murkai. Contohnya bagi kamu yang ada kekasih dan kamu bercinta tanpa akad nikah, perbuatan kamu haram.( rujuk post yang bertajuk halalkah bercinta) Kekuatan iman yang kita ada akan menjadikan kita siapa, yang taat, lalai, atau ingkar.inilah sesuatu yang kita patut nilai dalam hidup kita.

Cuba kita senaraikan satu persatu perkara yang ada di atas diri kita, mana yang disukai ALLAH dan mana yang tidak. Kalau kamu mampu menyenaraikannya, bagus. Tapi ada satu reality sekarang, akan ada orang yang menyenaraikan colum perkara yang disukai dan dimurkai ALLAH dengan salah. Mereka sebenar tidak tahu apa sebenarnya yang ALLAH suka dan murka. mereka sendiri tidak mengetahui perkara yang di columkan dalam ruangan suka adalah sesuatu yang di murkai ALLAH.

Contoh:

1. Akan ada menulis aku memakai tudung. Sedangkan tudung itu tidak menutup ruang dada mereka yang terletaknya tarikan nafsu lelaki. Juga untuk lelaki akan menulis aku membaca Al Quran tapi masih kehulu kehilir membawa perempuan yang bukan mahram kamu.


2. Juga, aku solat, puasa, bertudung dan bersedekah sedangkan pada masa yang sama bukan mahram sudah mampu disenda gurau dan di pegang. Bahkan ada yang mampu ringan-ringan. Sedangkan bersolat jemaah dengan bukan mahram hukumnya haram ini kan berdating di taman bunga, alamanda, dan tempat berdating yang lain.

Sebenarnya banyak kalau kita cari. Kita di tuntut untuk melakukan semua perintah ALLAH, meninggalkan semua laranganNYA. Disinilah gunanya ilmu, kekadang bukanlah seseorang itu ingin melakukan murka terhadap ALLAH tapi bagi penilaian mereka, perbuatan itu adalah taat. Fahamilah dengan ilmu tentang sesuatu perkara.

Islam adalah agama yang benar, setiap apa perintah ALLAH adalah demi kebaikan kita, walau kekadang kita rasa cara kita lebih betul. Disinilah soal yakin kamu terhadap ALLAH. Bila kamu merasakan diri kamu adalah benar rujuk dulu dengan ilmu, setelah rujuk buatlah keputusan untuk taat, dan jika kamu tidak taat dan merasakan cara kamu lebih baik maka percayalah kamu belum cukup meyakinkan ALLAH yang kamu dakwa tuhan seluruh alam merupakan tuhan yang benar.

Sekali lagi aku bercakap adalah juga untuk aku, aku juga kekadang jatuh, tapi percayalah kelalaian adalah insan. ALLAH maha adil DIA akan menilai dengan keadilanNYA. Percayalah, Cuma jangan jadikan kelalaian sebagai tiket kepada maksiat. ALLAH maha mengetahui, menipu ALLAH adalah sama seperi menipu diri sendiri. DIA tak akan rugi tapi kamu yang akan menyesal nanti. Wahai aku, kau wahai sahabatku, ini adalah nasihat, dan nilailah ia sebagai nasihat.

Tuesday, October 23, 2007

dulu dan sekarang.

Buat puteri….
Satu hari dulu kita entah dimana…
Mencari hala dan kekuatan sendirian….
Dulu mungkin kita sudah rasa kebahagiaan
Rasa sesuatu kemanisan yang tak pernah dikecapi
Indah masa itu membuat kita sentiasa dalam keindahan dunia

Buat puteri….
Semua yang kita miliki adalah mutlak kepunyaanNYA
Kita seolah rebah, bila apa yang kita anggap penyudah merupakan permulaan
Permulaan hidup yang baru, dimana temani kita kelukaan hari semalam
Pedih, perih kita bangkit bersama secebis kekuatan ketuhanan…
Yakini kita ada sinar di ruang gelap ini, akan ada hujan di tengah kemarau ini…

Buat puteri…..
Di saat kita bersinar kembali
Anggapan kita sudah bisa matang mengharungi
Hidup yang akan datang nanti
Kita seolah cukup terajar dengan kisah dulu.
Cuba mencari kebahagiaan di dunia yang agak kelam

Buat puteri….
Sedarku akan segala ini hanyalah pinjaman,
Inginku mencari jawapan moga apa yang hitam bisa kembali putih
Ku ketemui puteri…
Dengan rasa kehebatan aku menghulurkan harapan
Tersenyumku bila huluran ku kau sambut…
Aku mula rasa ada sinar yang lebih cerah…
Yang lebih meyerlah…
Aku bersyukur….

Buat puteri…
Rupanya aku terhalang oleh keinginanku..
Menganggap kau adalah milikku
Menilai kau dengan mata yang jahil..
Meneka dengan nafsu yang gembira…
Aku bersalah….

Buat puteriku….
Maafkan aku…

inilah satu ketika dulu... sekarang aku faham sesuatu, dan yang pasti aku yakin akan ada satu hari nanti aku akan lebih memahamidan kini aku kembali untuk menulis luahan ini


sejenak terdetik dalam fikiranku,
di ruang waktu yang dulu,
dimasa yang leka, saat waktu gembira,
segala cela dunia bagiku nikmat belaka.

terhanyut dalam hawa yang ternista,
di ruang itu aku gembira,
tapi kini aku terduduk termenung,
atas segala nista leka dunia,
aku sedar yang terhebat bagiku hanyalah halwa hawa yang melalaikan,
tentang DIA,tentang hakikat hidup,tentang cinta,dan tentang hakikat hamba.

di ruang waktu ini aku sedar,
apa yang tertulis adalah terbaik, buat semua...
DIA tetap mengajar aku dalam kelekaanku,
secebis cinta hilang digantikanNYA,seluas cinta yang ada,...
aku tersenyum

aku mengerti, sekarang... apa itu cinta.

Monday, October 22, 2007

adakah kita tahu?

Bukan mencari salah atau ingin mencari musuh, tapi apa yang
ingin saya katakana disini adalah teguran untuk saya, keluarga dan masyarakat yang akan dipertanggungjawab akan setiap tangunggannya. Bukanlah aku ini sempurna hinggakan aku tidak lakukan apa yang aku tegur ni, ada yang berpendapat selagi kita masih melakukan kesilapan dan kesalahan baiklah kita berdiam daripada menegur kesalahan yang juga kita buat. Bagi mereka setiap teguran haruslah diikuti dengan teladan, benar dan aku sokong kenyataan tu, tapi tidakah terfikir bahawa menegur itu sendiri teladan. Jika kita semua dapat menegur mungkar yang berleluasa di depan mata kita, apakah impaknya? Bukankah kita akan sentiasa memperingatkan, kelalaian atau kemaksiatan yang sengaja. Bersesuaianlah dengan perintah ALLAH dalam firmanNYA, surah Al-Asr (lihatlah maksudnya).

Diri akan tetap lemah, jika kita lihat akan kelemahan, apa yang membezakan kita adalah ilmu yang bermanfaat. Maksud aku ilmu yang dipergunakan, untuk mencari redho ilahi, penilaian kita terhadap sesuatu perkara biasanya akan berteraskan ilmu kita. Seperti contoh aku kongsikan satu cerita antara aku dan anak murid ku, Pada pukul 6ptg hari raya ke 5 tahun 2007. aku di datangi anak murid ku dari Pasir Mas, Azizi dan Firdaus. Kerana pada hari raya ke-5 dan mereka datang agak lewat aku mengajak mereka untuk keluar makan di luar. Mereka setuju dan aku bawa mereka ke sebuah kedai masakan panas. Lebih kurang pukul 6:15 kami sampai ke kedai tersebut lantas kami memesan makan untuk makan malam. Tomyam bersama telor dadar dah cukup membuka selera kami yang sudah beberapa hari tak makan nasi putih. Agak lama kami menunggu makanan kami untuk sampai, akhirnya makanan kami sampai tapi di ruang itu telah kedenganran azan yang memanggil umat islam untuk solat jemaah. Anak murid ku mengajak aku solat dulu sebelum kami makan, makanan yang telah terhidang. Jadi disinilah lmu yang dipergunakan, pada akalnya solatlah lebih berat perintahnya dari makan, wajib dan harus pada pandangan anak muridku pastilah wajib diataskan dari harus, tapi akal kita tidak berguna jika tidak berlandaskan ilmu. Rasulullullah akan mengutamakan untuk memakan makanan yang telah terhidang dari solat.

Itulah hakikat berugama, ilmu adalah lebih penting dari beramal. Banyak pesanan Nabi Muhammad tentang ilmu, rujuklah yang lebih berhak. Sebenarnya sekarang terimalah kenyataan bahawa ramai dikalangan kita,keluarga kita dan masyarakat tidak berilmu dalam mengamalkan cara hidup yang benar. Ramai juga antara kita sekarang hanyalah mengikut amalan tinggalan nenek moyang kita. Tanpa mengetahui apakah amalan itu berpatutan dengan cara hidup kita atau tidak. Dan yang lebih teruk menganggap mereka sudah cukup dengan keadaan mereka yang bergitu.

Cara hidup kita adalah ISLAM, dan islam diturunkan kepada seorang Nabi yakni Muhammad Bin Abdullah, Islam telah diamanahkan pada baginda dari ALLAH pencipta kita semua, untuk disebarkan ke seluruh dunia. Melalui baginda kita ambil islam sebagai cara hidup, tapi apa yang kita amalkan sekarang ada antaranya terpesong dengan tuntutan Nabi yang kita kasihi tapi kita sandarkan perbuatan kita kepada agama islam. Bertapa zalimnya kita meletakan sesuatu di tempat yang salah. Aku ingin menegur, bukan mencari musuh, kembalilah ke jalan yang telah di tunjukan oleh Rasullullah, tinggallah bid`ah dan kurafat itu. Wahai sahabat, sedarlah dari zaman kejahilan mu, carilah ilmu dengan membulatkan hati mu kepada jalan Rasullullah yang tika nyawanya diakhir jasadnya masih memikirkan kita, umatnya. Mungkin dengan teguran setumpul ini sahabat ku tak akan dapat menangkap apakah maksudku.

Aku cuba tajamkan teguranku…

1. Sedar atau tidak sekarang, ada antaranya mereka ini tidaklah mengetahui dengan ilmu tentang apa yang sedang mereka lakukan. Mereka melakukan dengan jahil, antara contoh yang mudah di fahami, selalu kita akan lihat kejadian ini di tv, bila artis menerima anugerah, lihatlah ucapan dari artis itu. Biasanya meraka akan menyatakan syukur kepada ALLAH atas anugerah itu, mereka bertahmid memuji ALLAH sedangkan tahukah mereka sebenarnya mereka melakukan dosa dalam memperolehi anugerah itu. Contohnya berlakon, kekadang memerlukan mereka bersentuhan sehinggakan berpelukan, dan ada antaranya lebih dari berpelukan. Cara hidup mereka di luar kanta tv pun bergitu, dengan baju ketatnya, aurat yang Nabi katakan suruh di selindungi bagaikan sesuatu yang tak salah untuk ditayangkan. Arak dan seks sesuatu yang mereka pisahkan dari islam. Cubalah bayangkan masyarakat islam sekarang. Inilah reality. Masa mereka dapat anugerah itu sendiri kekadang mereka bertasbih dengan aurat yang tidak dijaga. Inilah kekarutan ilmu yang saya maksudkan. Melakukan sesuatu dengan jahil atau zalim.


2. Juga tanpa sedar atau tidak di Malaysia ada gerakan islam yang bergerak aktiv dengan nama islam tetapi jahil dalam cara yang dituntut ALLAH. Aku pernah berada di gerakan ini, sungguh sedih bila terkenang masa itu. Mereka diajar untuk mentauhidkan ALLAH. Bagus ilmu tu, tapi jalannya tak seperti jalan Rasulullah yang mendoakan seluruh sakit saat kematian umatnya dikumpulkan untuk baginda menanggung sakit itu. Begitu kasihnya Nabi Muhammad kepada kita tapi kita membelakangkan baginda. Apa yang mereka belajar ialah bersilat, memukau, menjadi kebal dan banyak lagi perkara yang bid`ah dan kurafat. Pernah aku berada di situ, ilmu yang berlandaskan Rasulullah memang kurang tapi kalau ilmu tetang kesufian wali songo, syeikh Abdul Kader dan kekarutan sufi yang kekadang tak mampu ku terima dengan akal yang waras. Mereka seolah mencari keramat sufi dari mencari islam yang suci. Golongan ini adalah golongan yang tidak berlandaskan ilmu dalam amalan mereka tapi hanya berlandaskan rasa yang di dorong oleh akal yang mungkin salah atau nafsu semata.



Inilah reality kehidupan dan tahap pemikiran masyarakat islam sekarang.
Cubalah renung dan tenung. Lihatlah kehidupan kamu, adakah pemikiran kamu itu adalah berlandaskan 2 perkara selagi kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat, Al-Quran dan Hadith? Fikirkanlah..

halalkah bercinta?

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan tak pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."******Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?""Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.."Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.""Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, setan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau anta janji taknak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple..""Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta.""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi."Pasal die pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.."Akh, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.*******Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya

dengan nama MU, ALLAH...

mahasuci ALLAH, segalapuji hanya layak padaNYA dan tiada daya upaya aku hanya KAUlah yang mempunyai daya upaya. dengan nama ALLAH yang mahapengasih dan yang maha pemurah..
satu permulaan yang ingin aku ingin teguh diatasnya...
aku ingin hidup bertuhankan MU...sentiasa dan selalu
aku ingin sentiasa bertasbih kepadaMU walau aku selalu diuji MU...
aku ingin terus berada disini, di satu permulaan tentang satu pemahaman...
pandulah aku, pimpinlah aku, cintailah aku dan hantarlah salju rinduMu sentiasa...