Bukan mencari salah atau ingin mencari musuh, tapi apa yang
ingin saya katakana disini adalah teguran untuk saya, keluarga dan masyarakat yang akan dipertanggungjawab akan setiap tangunggannya. Bukanlah aku ini sempurna hinggakan aku tidak lakukan apa yang aku tegur ni, ada yang berpendapat selagi kita masih melakukan kesilapan dan kesalahan baiklah kita berdiam daripada menegur kesalahan yang juga kita buat. Bagi mereka setiap teguran haruslah diikuti dengan teladan, benar dan aku sokong kenyataan tu, tapi tidakah terfikir bahawa menegur itu sendiri teladan. Jika kita semua dapat menegur mungkar yang berleluasa di depan mata kita, apakah impaknya? Bukankah kita akan sentiasa memperingatkan, kelalaian atau kemaksiatan yang sengaja. Bersesuaianlah dengan perintah ALLAH dalam firmanNYA, surah Al-Asr (lihatlah maksudnya).
Diri akan tetap lemah, jika kita lihat akan kelemahan, apa yang membezakan kita adalah ilmu yang bermanfaat. Maksud aku ilmu yang dipergunakan, untuk mencari redho ilahi, penilaian kita terhadap sesuatu perkara biasanya akan berteraskan ilmu kita. Seperti contoh aku kongsikan satu cerita antara aku dan anak murid ku, Pada pukul 6ptg hari raya ke 5 tahun 2007. aku di datangi anak murid ku dari Pasir Mas, Azizi dan Firdaus. Kerana pada hari raya ke-5 dan mereka datang agak lewat aku mengajak mereka untuk keluar makan di luar. Mereka setuju dan aku bawa mereka ke sebuah kedai masakan panas. Lebih kurang pukul 6:15 kami sampai ke kedai tersebut lantas kami memesan makan untuk makan malam. Tomyam bersama telor dadar dah cukup membuka selera kami yang sudah beberapa hari tak makan nasi putih. Agak lama kami menunggu makanan kami untuk sampai, akhirnya makanan kami sampai tapi di ruang itu telah kedenganran azan yang memanggil umat islam untuk solat jemaah. Anak murid ku mengajak aku solat dulu sebelum kami makan, makanan yang telah terhidang. Jadi disinilah lmu yang dipergunakan, pada akalnya solatlah lebih berat perintahnya dari makan, wajib dan harus pada pandangan anak muridku pastilah wajib diataskan dari harus, tapi akal kita tidak berguna jika tidak berlandaskan ilmu. Rasulullullah akan mengutamakan untuk memakan makanan yang telah terhidang dari solat.
Itulah hakikat berugama, ilmu adalah lebih penting dari beramal. Banyak pesanan Nabi Muhammad tentang ilmu, rujuklah yang lebih berhak. Sebenarnya sekarang terimalah kenyataan bahawa ramai dikalangan kita,keluarga kita dan masyarakat tidak berilmu dalam mengamalkan cara hidup yang benar. Ramai juga antara kita sekarang hanyalah mengikut amalan tinggalan nenek moyang kita. Tanpa mengetahui apakah amalan itu berpatutan dengan cara hidup kita atau tidak. Dan yang lebih teruk menganggap mereka sudah cukup dengan keadaan mereka yang bergitu.
Cara hidup kita adalah ISLAM, dan islam diturunkan kepada seorang Nabi yakni Muhammad Bin Abdullah, Islam telah diamanahkan pada baginda dari ALLAH pencipta kita semua, untuk disebarkan ke seluruh dunia. Melalui baginda kita ambil islam sebagai cara hidup, tapi apa yang kita amalkan sekarang ada antaranya terpesong dengan tuntutan Nabi yang kita kasihi tapi kita sandarkan perbuatan kita kepada agama islam. Bertapa zalimnya kita meletakan sesuatu di tempat yang salah. Aku ingin menegur, bukan mencari musuh, kembalilah ke jalan yang telah di tunjukan oleh Rasullullah, tinggallah bid`ah dan kurafat itu. Wahai sahabat, sedarlah dari zaman kejahilan mu, carilah ilmu dengan membulatkan hati mu kepada jalan Rasullullah yang tika nyawanya diakhir jasadnya masih memikirkan kita, umatnya. Mungkin dengan teguran setumpul ini sahabat ku tak akan dapat menangkap apakah maksudku.
Aku cuba tajamkan teguranku…
1. Sedar atau tidak sekarang, ada antaranya mereka ini tidaklah mengetahui dengan ilmu tentang apa yang sedang mereka lakukan. Mereka melakukan dengan jahil, antara contoh yang mudah di fahami, selalu kita akan lihat kejadian ini di tv, bila artis menerima anugerah, lihatlah ucapan dari artis itu. Biasanya meraka akan menyatakan syukur kepada ALLAH atas anugerah itu, mereka bertahmid memuji ALLAH sedangkan tahukah mereka sebenarnya mereka melakukan dosa dalam memperolehi anugerah itu. Contohnya berlakon, kekadang memerlukan mereka bersentuhan sehinggakan berpelukan, dan ada antaranya lebih dari berpelukan. Cara hidup mereka di luar kanta tv pun bergitu, dengan baju ketatnya, aurat yang Nabi katakan suruh di selindungi bagaikan sesuatu yang tak salah untuk ditayangkan. Arak dan seks sesuatu yang mereka pisahkan dari islam. Cubalah bayangkan masyarakat islam sekarang. Inilah reality. Masa mereka dapat anugerah itu sendiri kekadang mereka bertasbih dengan aurat yang tidak dijaga. Inilah kekarutan ilmu yang saya maksudkan. Melakukan sesuatu dengan jahil atau zalim.
2. Juga tanpa sedar atau tidak di Malaysia ada gerakan islam yang bergerak aktiv dengan nama islam tetapi jahil dalam cara yang dituntut ALLAH. Aku pernah berada di gerakan ini, sungguh sedih bila terkenang masa itu. Mereka diajar untuk mentauhidkan ALLAH. Bagus ilmu tu, tapi jalannya tak seperti jalan Rasulullah yang mendoakan seluruh sakit saat kematian umatnya dikumpulkan untuk baginda menanggung sakit itu. Begitu kasihnya Nabi Muhammad kepada kita tapi kita membelakangkan baginda. Apa yang mereka belajar ialah bersilat, memukau, menjadi kebal dan banyak lagi perkara yang bid`ah dan kurafat. Pernah aku berada di situ, ilmu yang berlandaskan Rasulullah memang kurang tapi kalau ilmu tetang kesufian wali songo, syeikh Abdul Kader dan kekarutan sufi yang kekadang tak mampu ku terima dengan akal yang waras. Mereka seolah mencari keramat sufi dari mencari islam yang suci. Golongan ini adalah golongan yang tidak berlandaskan ilmu dalam amalan mereka tapi hanya berlandaskan rasa yang di dorong oleh akal yang mungkin salah atau nafsu semata.
Inilah reality kehidupan dan tahap pemikiran masyarakat islam sekarang.
Cubalah renung dan tenung. Lihatlah kehidupan kamu, adakah pemikiran kamu itu adalah berlandaskan 2 perkara selagi kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat, Al-Quran dan Hadith? Fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment