hari pertama aku memulakan kerja selepas aku berkursus induksi selama 1 minggu, sungguh gembira ketika berkursus di intengah, walau banyak denda yang di kenakan padaku di sebabkan kad kehadiran ku yang lewat, aku tetap menganggap itu sebagai kenangan manis. lama rasanya aku tak merasa perasaan bergini, rasanya kali terakhirpun 7tahun yang dulu, masa zaman sekolah. satu suasana yang sangat menarik, mudahnya untuk mendapat seorang teman, mudah juga terasa dengan rakan rakan, dan yang paling suka bila kami mampu ketawa sekali di dalam dewan kuliah. hari akhir kursus menunjukan kami memang akrab, ada antaranya yang menangis di saat perpisahan, aku pun rasa sedih gak, tapi mungkin terbiasa akan setiap pertemuan akan ada perpisahan aku tersenyum melihat gelagat kak dari sabah yang menangis teresak esak.
ramai yang bergambar sebagai tanda kenangan, aku pun tak ketinggalan, semua kenangan sekarang lebih mudah tersimpan dalam kamera digital.
hari ni jugak aku mulakan kerja dengan cukup gembira, datang seawal 730 pg membuatkan aku cukup terasa segar hari ini. kerja agak bertimbun tapi aku buat semuanya dengan senyuman. mungkin cara hidup dan pemikiran baru yang tersemat membuatkan aku mampu berubah. ketahuilah sesuatu dengan ilmu, nascaya kita mampu berubah.
No comments:
Post a Comment