Showing posts with label satu permulaan. Show all posts
Showing posts with label satu permulaan. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Google VS Facebook


Carta menunjukan penggunaan 2 laman web berpengaruh di dunia, www.google.com dan www.facebook.com di dunia.
di Malaysia facebook dah melintasi google, time aku tgk minggu lepas. Apa yang nak disampaikan secara tersirat ialah, pengguna internet makin bertambah dan bercambah. Jadi belum terlambat kalau nak mulakan sesuatu idea, perniagaan atau kebajikan.
Contoh perniagaan - AmsyarNetwork
Contoh kebajikan - Masjid Hunter

Wednesday, September 22, 2010

Prestasi Blog Ku ini



20 september 2010 bermula semula aktiviti aku berblog dengan 3P baru aku. Pendapat,Pemahaman & Perkongsian. Setelah kali terakhir menulis 24 Januari 2010 tu pun satu post tu jea, sebelum tu berhenti pada 2 Mei 2009. Satu Blog yang betul betul menerangkan siapakah Mohamad Faizal Bin Saedon dari segi cara pemikiran dan pemahaman.




Blog ini bermula pada 24 Oktober 2007 dengan permulaan tajuk Nilailah dengan Ilmu.


Kerana bagi aku bila kita ada ilmu barulah kita menilai dengan cara yang betul. tidak salah dan tidak silap. Kebanyakan orang ramai menilai dengan tanggapan orang lain mengenai sesuatu. Dan biasanya bila msyarakat sudah terpengaruh, maka nilaian juga akan salah. Contohnya bab letak Mahar pernikahan. Jelas dalam hadith Nabi dalam kitab kitab ahli yang thiqah(dipercayai) seperti Bukhari, Muslim dan sebagainya menyatakan dengan kefahaman wanita yang baik adalah yang kecil Maharnya. Tapi apa berlaku sekarang? Mahar ditentukan dengan taraf kerjaya dan taraf pembelajaran. Ini satu contoh penilaian kita tidak berdasarkan ilmu tapi berlandaskan tanggapan orang ramai.




Hehee...




jadi nak kongsi statistik penjenguk blog aku untuk 3 hari ini. saja buat tontonan...

Monday, October 22, 2007

dengan nama MU, ALLAH...

mahasuci ALLAH, segalapuji hanya layak padaNYA dan tiada daya upaya aku hanya KAUlah yang mempunyai daya upaya. dengan nama ALLAH yang mahapengasih dan yang maha pemurah..
satu permulaan yang ingin aku ingin teguh diatasnya...
aku ingin hidup bertuhankan MU...sentiasa dan selalu
aku ingin sentiasa bertasbih kepadaMU walau aku selalu diuji MU...
aku ingin terus berada disini, di satu permulaan tentang satu pemahaman...
pandulah aku, pimpinlah aku, cintailah aku dan hantarlah salju rinduMu sentiasa...