Tuesday, September 21, 2010

Blogger Hebat kat Malaysia

Nak berkongsi dengan korang Blogger kat malaysia yang bagi aku tersangatlah hebat.. mereka ada pengaruh dan yang paling sempoi mereka berkongsi sesuatu yang biasa tapi hasilnya jadi luar biasa hebat.


Blogger ni adalah pelanggan tetap kedai maya isteri saya. Blogger yang berasal dari kelantan ni berkongsi segala macam perkongsian dalam blog ni. dan tak salah jika saya cakap ni antara blogger kat kelantan yang paling berjaya. Orangnya hebat kerana telah buktikan ada blog yang hebat.. tahniah lynna



cikgu yang berbahasakan dirinya DJ aku tak faham sebenarnya kenapa.. tapi merupakan blogger yang hebat... bermastautin di Pahang. blog yang banyak mengajar cara mana nak dapat idea yang bernas dalam memacu trafik untuk blog. Aku kagumi beliau sebab lakukan sesuatu yang biasa, tapi rutin.. hasilnya luarbiasa



Antara Blogger yang dah masuk Surat Khabar.. Malah dah kena rush ngan LHDN, faham faham lea... bergitu termotivasi dengan blog ibu yang meminati sesangat kalermerah... satu blog yang sangat sempoi tapi mempunyai ramai pembaca, hinggakan statistik menyatakan 4juta dah baca blog ni... wow... aku termotivasi....


blog perkongsian ilmu dan perihal berlaku di negeri kelantan darul naim. Cik ampunya blog bagi saya sangat berilmu dan selalu upgred ilmu yang dia ada... walaupun nichenya berbeza dengan blog yang lain, aku ttp akan melawat laman ni setiap hari.. walaupun banyak yang aku tak faham.. huhuuu



lelaki dengan muscle yang berketol ketol... memang en ben ni adalah blogger lelaki yang memberi aku harapan untuk terus menulis.. blog yang mempunya 3ribu follower.... itu jea aku nak cakap kehebatan lelaki ini berblog... faham faham jeala... hehehe... apepun tahniah en ben kerana ada jugak lelaki dalam senarai aku ni...hehehe..

setakat ni aku kongsikan yang ni dulu... pada yang memahami.. blog mereka ada trafik yang tinggi, jadi bagi pemasaran yang berbaloi baloi... maka sinilah tempatnya... banyak lagi yang hebat diluar sana.. tapi tak aku tahu dan temui lagik... moga ada sapa sapa tahu bleh berkongsi...

Monday, September 20, 2010

Menang RM5000 bayar RM1000

Kisah mengenai seorang pegawai bank yang mempunyai satu persoalan besar ttg seorang pakcik tua yang selekeh tapi setiap hari memasukan RM1000 kedalam akaunnya di kaunter bank (tua sampai tak tahu nak guna mesin deposit wang)

Memang hampir setiap hari pak tua tu masukan amaun sebayak RM1000 dan kekadang lebih. Jadi satu hari pegawai bank tu tak dapat tahan sifat ingin tahunya lalu meninggalkan kaunter dan menahan pakcik tersebut. lantas bertanya...
PB: apa pekerjaan pakcik sampai tiap tiap hari datang masukan duit RM1000?
PT: ambo ari ari menang pertaruhan...
PB: jadi kerja pakcik buat taruhan ari ari dan menang???
PT: yo laaa...
PB: ish... gini, saya ni orang yang paling hebat dalam pertaruhan dalam bank ni, tak pernah saya kalah... apa kata saya dan pakcik bertaruh... nak???
PT: oooo... buleh sangat laaa... memang kerja pakcik dah tu...
PB: Jadi nak bertaruh apa?
PT: macam ni, 2 hari lagik kamu punya batu anu( batu kemaluan lelaki) takde... macamana berani???
PB: oloh mudahnya... bereh.. 2 ari lagik pakcik mari kita tentukan sapa menang pertaruhan ini.

dijadikan ceritanya mereka bertaruh dan pastilah pegawai bank tu akan menyahut cabaran tu.. sbb macamana benda tu nak hilang...
2 hari kemudian.....

PB: salam pakcik... hehheeee... dah ready pitih???
PT: ada... tapi ada ke batu anu tu?
PB: eh ada.... mestilah ada!!
PT: betul ke? kena cek dulu.....
PB: ok...
maka pakcik tua tu pun merabalah pegawai bank tu...
PT: ok.. ada... nah RM1000
PB: hehehe hebat aku..... kalahkan pakcik yang selalu menang taruhan tu...

esokan harinya.... pakcik tua tu datang dan nak masukan RM4000 dalam akaunnya... terkejut pegawai bank tu... lalu bertanya
PB: aiikk menang besar lepas kalah dengan saya semalam yea pakcik...
PT: hehehe... a`a semalam pakcik bertaruh dengan jaga (guard) bank.. yang kalau pakcik dapat raba batu anu kamu dia akan bagi RM5000... jadi semalam kan pakcik cek batu anu kamu...

huhuuuu.... apepun kisah ni hanya gurauan... apepun teladanya... fikir fikirkanlaaa.... hahahargghhh

hehehe.....

Ayahnda Sultan Failkan Petisyen Kepada Sultan

Ayah Saman Anak...
Orang Kelantan akan faham....

Tuanku Ismail Petra telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin bagi mencabar pemasyhuran anakanda sulung Baginda, Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah, kata peguam, Datuk Param Cumaraswamy.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta mahkamah untuk campurtangan dan mengisytiharkan Baginda sebagai Sultan Kelantan yang sah.
Pada sidang medianya pada Isnin, Param berkata, Tuanku Ismail, 60 tidak mengiktiraf pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan yang sah pada 13 September lalu.

nak tahu lebih lanjut klik ni:- http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/21/mstar_berita/20100920193943&sec=mstar_berita

apepepun Aku tetap Takbir3x

Selamat Datang pada Diri Ini

Selamat datang kembali ke ruang yang tertinggal sekian lama.. Lama aku tak memberi 3P dalam ruang ini. Pendapat,Penulisan dan Pemahaman. merindui kerana suatu masa dulu ruang ini adalah sahabat baik aku. Kerana aku sendiri tidak tahu kepastian kenapa aku tinggalkan lama ruang keramat ini aku cuba senaraikan antara sebabnya.

1. Malas
2. Sibuk dengan kehidupan baru setelah berpindah ke KB
3. Menambah Minat baru (snap gambar ngan DSLR)
4. Sibuk ngan Bisnes www.amsyarbaker.com
5. Banyak luangkan ruang kepada bisnes IT dan berforum www.carigold.com
6. Kekadang jadi tukang urut www.urutkb.blogspot.com
7. Sekarang duk sibuk dengan idea baru ttg laman web baru dan ebook pertama.

itu antara yang aku sempat nak listkan. apepun harapan ku moga ruang ini berkekalan dan menjadi satu wadah untuk ku berkongsi Ruang, luang dan peluang... moga dapat kita sama sama amik manfaat.

Sunday, January 24, 2010

kita tak tahu sebab tak ambik tahu.. geran kerajaan

Cradle Investment Programme (CIP) adalah program yang pertama untuk geran bantuan untuk idea-idea yang berkaitan teknologi di Malaysia. bantuan geran ini sehinga maxima 150k bagi setiap cadangan idea yang telah diluluskan. Program CIP ini diuruskan oleh Cradle Fund Sdn Bhd yang ditaja oleh Kementerian Kewangan. Badan ini bertujuan untuk membantu dan bukan bersifat untuk meraih keuntungan. Program ini cukup sesuai untuk para-para usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

Invesment focus Cradle Fund Sdn Bhd ini adalah bagi perniagaan atau bukan berniagaan (Research study) di dalam bidang ICT dan Non-ICT. Selain daripada untuk pembangunan idea produk, ianya juga membantu dari segi Advanced manufacturing (related with technology), Renewable enargy/waste and recycaling technologies, High technologis consumer & business product.

Programme offer from cradle are:
1. Grant
2. Market validation
3. Commercial exposure
4. Proven Developmental structure & Serizes

Cradle are the developmental partners. Partner for Industry, funding and commercialization.

The process how to get this fund?
1. Application and evaluation process
2. Recommandation and approval process
3. Reimbursement and mentoring process

How to apply?
Just go to the website : www.cradle.com.my
Helpline: email: enquiries@cradle.com.my
and Batch close 3rd Monday of Every month

Saturday, May 2, 2009

GIGITLAH

islam itu indah, kerana datang dari nabi Muhammad yang menerima wahyu dari ALLAH pencipta alam ini.
pegang dan gigitla sunnah Muhammad SAW untuk keselamatan dunia dan akhirat. pastikan kita di bawah pertunjuk nabi kita... betulkanlah yang biasa, dan biasakanlah yang betul...

Tuesday, December 2, 2008

KEMBALILAH

Bukan mencari salah atau ingin mencari musuh, tapi apa yang
ingin saya katakana disini adalah teguran untuk saya, keluarga dan masyarakat yang akan dipertanggungjawab akan setiap tangunggannya. Bukanlah aku ini sempurna hinggakan aku tidak lakukan apa yang aku tegur ni, ada yang berpendapat selagi kita masih melakukan kesilapan dan kesalahan baiklah kita berdiam daripada menegur kesalahan yang juga kita buat. Bagi mereka setiap teguran haruslah diikuti dengan teladan, benar dan aku sokong kenyataan tu, tapi tidakah terfikir bahawa menegur itu sendiri teladan. Jika kita semua dapat menegur mungkar yang berleluasa di depan mata kita, apakah impaknya? Bukankah kita akan sentiasa memperingatkan, kelalaian atau kemaksiatan yang sengaja. Bersesuaianlah dengan perintah ALLAH dalam firmanNYA, surah Al-Asr (lihatlah maksudnya).

Diri akan tetap lemah, jika kita lihat akan kelemahan, apa yang membezakan kita adalah ilmu yang bermanfaat. Maksud aku ilmu yang dipergunakan, untuk mencari redho ilahi, penilaian kita terhadap sesuatu perkara biasanya akan berteraskan ilmu kita. Seperti contoh aku kongsikan satu cerita antara aku dan anak murid ku, Pada pukul 6ptg hari raya ke 5 tahun 2007. aku di datangi anak murid ku dari Pasir Mas, Azizi dan Firdaus. Kerana pada hari raya ke-5 dan mereka datang agak lewat aku mengajak mereka untuk keluar makan di luar. Mereka setuju dan aku bawa mereka ke sebuah kedai masakan panas. Lebih kurang pukul 6:15 kami sampai ke kedai tersebut lantas kami memesan makan untuk makan malam. Tomyam bersama telor dadar dah cukup membuka selera kami yang sudah beberapa hari tak makan nasi putih. Agak lama kami menunggu makanan kami untuk sampai, akhirnya makanan kami sampai tapi di ruang itu telah kedenganran azan yang memanggil umat islam untuk solat jemaah. Anak murid ku mengajak aku solat dulu sebelum kami makan, makanan yang telah terhidang. Jadi disinilah lmu yang dipergunakan, pada akalnya solatlah lebih berat perintahnya dari makan, wajib dan harus pada pandangan anak muridku pastilah wajib diataskan dari harus, tapi akal kita tidak berguna jika tidak berlandaskan ilmu. Rasulullullah akan mengutamakan untuk memakan makanan yang telah terhidang dari solat.

Itulah hakikat berugama, ilmu adalah lebih penting dari beramal. Banyak pesanan Nabi Muhammad tentang ilmu, rujuklah yang lebih berhak. Sebenarnya sekarang terimalah kenyataan bahawa ramai dikalangan kita,keluarga kita dan masyarakat tidak berilmu dalam mengamalkan cara hidup yang benar. Ramai juga antara kita sekarang hanyalah mengikut amalan tinggalan nenek moyang kita. Tanpa mengetahui apakah amalan itu berpatutan dengan cara hidup kita atau tidak. Dan yang lebih teruk menganggap mereka sudah cukup dengan keadaan mereka yang bergitu.

Cara hidup kita adalah ISLAM, dan islam diturunkan kepada seorang Nabi yakni Muhammad Bin Abdullah, Islam telah diamanahkan pada baginda dari ALLAH pencipta kita semua, untuk disebarkan ke seluruh dunia. Melalui baginda kita ambil islam sebagai cara hidup, tapi apa yang kita amalkan sekarang ada antaranya terpesong dengan tuntutan Nabi yang kita kasihi tapi kita sandarkan perbuatan kita kepada agama islam. Bertapa zalimnya kita meletakan sesuatu di tempat yang salah. Aku ingin menegur, bukan mencari musuh, kembalilah ke jalan yang telah di tunjukan oleh Rasullullah, tinggallah bid`ah dan kurafat itu. Wahai sahabat, sedarlah dari zaman kejahilan mu, carilah ilmu dengan membulatkan hati mu kepada jalan Rasullullah. Mungkin dengan teguran setumpul ini sahabat ku tak akan dapat menangkap apakah maksudku.

Aku cuba tajamkan teguranku…

1. Sedar atau tidak sekarang, ada antaranya mereka ini tidaklah mengetahui dengan ilmu tentang apa yang sedang mereka lakukan. Mereka melakukan dengan jahil, antara contoh yang mudah di fahami, selalu kita akan lihat kejadian ini di tv, bila artis menerima anugerah, lihatlah ucapan dari artis itu. Biasanya meraka akan menyatakan syukur kepada ALLAH atas anugerah itu, mereka bertahmid memuji ALLAH sedangkan tahukah mereka sebenarnya mereka melakukan dosa dalam memperolehi anugerah itu. Contohnya berlakon, kekadang memerlukan mereka bersentuhan sehinggakan berpelukan, dan ada antaranya lebih dari berpelukan. Cara hidup mereka di luar kanta tv pun bergitu, dengan baju ketatnya, aurat yang Nabi katakan suruh di selindungi bagaikan sesuatu yang tak salah untuk ditayangkan. Arak dan seks sesuatu yang mereka pisahkan dari islam. Cubalah bayangkan masyarakat islam sekarang. Inilah reality. Masa mereka dapat anugerah itu sendiri kekadang mereka bertasbih dengan aurat yang tidak dijaga. Inilah kekarutan ilmu yang saya maksudkan. Melakukan sesuatu dengan jahil atau zalim.


2. Juga tanpa sedar atau tidak di Malaysia ada gerakan islam yang bergerak aktiv dengan nama islam tetapi jahil dalam cara yang dituntut ALLAH. Aku pernah berada di gerakan ini, sungguh sedih bila terkenang masa itu. Mereka diajar untuk mentauhidkan ALLAH. Bagus ilmu tu, tapi jalannya tak seperti jalan Rasulullah. Begitu kasihnya Nabi Muhammad kepada kita tapi kita membelakangkan baginda. Apa yang mereka belajar ialah bersilat, memukau, menjadi kebal dan banyak lagi perkara yang bid`ah dan kurafat. Pernah aku berada di situ, ilmu yang berlandaskan Rasulullah memang kurang tapi kalau ilmu tetang kesufian wali songo, syeikh Abdul Kader dan kekarutan sufi yang kekadang tak mampu ku terima dengan akal yang waras. Mereka seolah mencari keramat sufi dari mencari islam yang suci. Golongan ini adalah golongan yang tidak berlandaskan ilmu dalam amalan mereka tapi hanya berlandaskan rasa yang di dorong oleh akal yang mungkin salah atau nafsu semata.



Inilah reality kehidupan dan tahap pemikiran masyarakat islam sekarang.
Cubalah renung dan tenung. Lihatlah kehidupan kamu, adakah pemikiran kamu itu adalah berlandaskan 2 perkara selagi kamu berpegang dengannya kamu tidak akan sesat, Al-Quran dan Hadith? Fikirkanlah..

SUNNAH DAN BID`AH MUHARAM


SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE

Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura tidak boleh dianggap sebagai menyerupai Yahudi, kerana orang-orang Quraisy telah berpuasa sejak zaman jahiliyah sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:


كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ

“Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah berpuasa pada hari tersebut. Setelah baginda mendatangi Madinah, maka baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa”. (Hadis Mutaffaq ‘alaihi)

Adapun hadis di bawah ini adalah hadis lemah:

Imam Syafie rahimahullah telah menghukum sunnah berpuasa pada hari ke-9, ke-10 dan ke-11 Muharam. Imam syafie berpegang dengan hadis dari Ibnu Abbas:


صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

“Berpuasalah kamu pada hari kesembilan, hari kesepuluh dan hari kesebelas (di bulan Muharam), janganlah kamu menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)


صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah pada hari Asyura dan janganlah kamu menyerupai Yahudi, berpuasalah pada hari sebelumnya atau sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat Ahmad (1/241)). Dua hadis ini terdapat dalam kitab Al-Umm dan juga dalam kitab Al-Jami’us as-Saghir oleh Imam as-Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah melemahkan (mendhaifkan) kedudukan hadis ini. Oleh yang demikian maka tidak wajarlah beramal dengan dua hadis ini.

Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9 muharam, atau 10 Muharam sahaja. Wallahu a’lam.

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:


عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’))

AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA (Hari Ke-10 Bulan Muharam)

Terdapat juga umat Islam yang menghidupkan malam Asyura dengan bersolat, berzikir dan doa-doa yang khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan hadis palsu sebagimana hadis di bawah ini:


مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً ، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ ، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ

“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura, maka seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni segala langit. Dan barangsiapa bersolat empat rakaat, pada setiap rakaat ia membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah mengampuni dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah lalu dan lima puluh tahun yang akan datang, dan dibina untuknya di Al-Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima juta mimbar dari cahaya”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122)

Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa yang berpuasa sejak awal Muharam sehingga kesembilan hari bulan Muharam. Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah berpegang dengan hadis palsu:


مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى اللهُ لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا اَرْبَعَةُ اَبْوَابٍ

“Barangsiapa berpuasa sembilan hari sejak awal Muharam, maka Allah akan membina untuknya sebuah kubah di udara, luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”. (Hadis palsu). (Hadis Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm. 96)

Umat Islam yang merayakan hari Asyura, mendahulukan hari tersebut dengan bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa hadis yang mereka gunakan adalah hadis palsu:


مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

“Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari Asyura, maka dia tidak akan sakit pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’ Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)


مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ اَبَدًا

“Barangsiapa bercelak mata dengan arang celak dihari Asyura, maka ia tidak akan sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis palsu). (Dinyatakan palsu oleh Ibnul-Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203. Lihat: Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)

Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura, terdapat juga umat Islam yang menjadikan hari Asyura sebagai hari raya kaum Muslimin dengan menjadikannya hari kelepasan dan menyediakan makanan tertentu, (antaranya menyediakan bubur Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah suatu pembohongan yang keterlaluan. Setelah selamat dari taufan dan banjir besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh pengikutnya memakai celak dan menyediakan makanan berupa bubur Asyura yang dikutip dari sisa-sisa bijirin) Pent). Ini merupakan talbis (perangkap) syaitan kepada orang-orang awam sedangkan perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar. (Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz) Perkara ini telah diterangkan dalam hadis Muslim:


كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ وَشَارَتُهُمْ

“Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi) berpuasa pada hari Asyura, mereka menjadikannya sebagai Hari Raya dan mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian mereka yang cantik-cantik”. (Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa dihari Asyura adalah amalan sunnah, tetapi menambahnya dengan menjadikannya sebagai Hari Raya adalah perbuatan bid’ah kerana menyerupai amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan oleh hadis sahih di atas.

Terdapat juga umat Islam yang mengerjakan solat tertentu disiang hari Asyura atau dimalam harinya. Mereka melakukan perkara bid’ah ini lantaran berpandukan kepada hadis palsu sebagaimana di bawah ini:


مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

“Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda’ fi Madaril Ibtida’. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)


فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ، وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ

“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat Adam dan taubat penduduk kota Nabi Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh dan para sahabatnya dan binatang-binatang liar lalu berpuasa kerana bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla. Demikian juga binatang-binatang yang ada bersama-sama di atas bahtera itu turut sama berpuasa”. (Hadis palsu). (Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:

“Tidak terdapat sebarang hadis sahih dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadis yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadis yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadis palsu yang mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid’ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......” (Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian/bijirin (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.

Kepada pihak tertentu yang tetap mempertahankan kebatilan, jika benar ada doa-doa khusus di waktu awal/akhir tahun, silakan mengutarakan dalilnya, sumbernya, takhrij & sanad hadisnya, siapa yang meriwayatkannya, dan siapa ulama hadis yang mensahihkannya. Wallahu a’lam...

AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH

Ingatlah! Tidak pernah ditemui hadis-hadis sahih yang membolehkan mengadakan apapun upacara majlis sempena menyambut awal tahun. Begitu juga tidak pernah diperintahkan supaya mengadakan majlis zikir atau majlis-majlis tertentu kerana mengucapkan selamat tinggal kepada tahun-tahun yang telah berlalu. Sesiapa yang melakukannya termasuk dalam golongan yang ditergur oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam sabdanya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu amal yang bukan perintah kami, maka amal itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis Riwayat Muslim)


مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mencipta sesuatu perkara yang bukan dari perintah kami, maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ

“Barangsiapa yang menambah/mengadakan yang baru dalam urusan kami ini, maka tambahan yang bukan dari kami itu tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Tertolak kerana setiap tambahan itu adalah bid’ah sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ،
وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

“Aku peringatkan kamu sekalian tentang perkara-perkara yang baru/yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah, setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu di neraka”. (Hadis Riwayat Muslim, An-Nasai’i dan Ahmad)

Sunday, November 2, 2008

isu khalwat yang berleluasa... betulkah kita???

Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.

Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.

Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

Dahulu saya sudah sebut hal ini. Ada yang enggan mendengarnya kerana mereka merasakan mungkar mesti didedahkan sebagai pengajaran. Padahal Islam mempunyai pendirian yang berbeza. Akhirnya, hasil daripada sikap suka mengintai dan mendedahkan perkara dalam ‘kain orang lain’ sekalipun pelakunya cuba menyembunyikannya, maka kita lihat penyakit ini merebak ke dalam berbagai sektor kehidupan. Politik kita pun, politik lawan selak kain. Ekonomi pun demikian. Akhirnya, harga maruah menjadi murah dalam masyarakat kita.

Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian. Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.

Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan al-Amr bi al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud):“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kikir dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”. Lalu al-Qaradawi menyebut kisah Saidina ‘Umar tadi. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, ketika menafsirkan firman Allah (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani”, Sayyid Qutb menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan pelaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun. Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi – atas apa alasan sekali pun – untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem pelaksanaan dalam masyarakat Islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”. (Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al- Syuruq).

Amat dukacita bagi masyarakat kita, jika kita sibuk mendedahkan maksiat yang tertutup yang disuruh oleh prinsip Islam agar kita tidak membukanya, dalam masa yang sama kita membiarkan berleluasa maksiat yang terbuka yang dilakukan atas pentas, dalam filem dan dijual dengan harga yang mahal.

Amatlah dukacita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak, namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghenti suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya.

Aduhai dukacita, jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin. Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata.

Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya:

Dibawa seorang lelaki kepada ‘Abd Allah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih).

Saya termenung mengenang fatwa kebangsaan pengharaman pengkid. Cara kebetulan saya tidak hadir dalam mesyuarat tersebut atas beberapa sebab. Saya terfikir, adakah perlunya satu persidangan fatwa untuk membahaskan hukum wanita menyerupai lelaki, haram atau halal? Sejak setengah tahun yang lepas saya sudah bercakap hal pengkid dalam sebuah majalah terkenal dalam negara ini.

Hadis Nabi SAW jelas dalam hal ini. Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas menyatakan:

“Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki”.

Ini adalah pengetahuan am yang diketahui umum, sekalipun orang mereka yang tidak mendalam agama dan tidak membaca keputusan fatwa. Namun persoalannya adalah pelaksanaan. Memang wujud wanita yang hidup ‘bergaya’ lelaki. Namun, maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguat kuasa agama ingin mencegahnya adalah lelaki yang menyerupai wanita. Entah berapa ramai selebriti lelaki negara kita yang berwatak seperti perempuan. Entah berapa banyak pula drama, pertunjukan dan filem kita yang seakan mengiktiraf ‘wanita jadi-jadian’. Sehingga seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan ‘saudarai’. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari ‘kemungkinan’ maksiat di belakang pintu yang berkunci.

Saya tahu sebahagian penguat kuasa itu ikhlas. Namun, bak kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):

“Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh. Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz: Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik… Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu -seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan golongan Islam. Pelaksana Al-Amr bi al- Ma‘ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”. (rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu‘at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan)

Friday, October 10, 2008

ucapan ku buat Dr Asri Zainul Abidin

salam,

kehilangan, itu yang saya rasakan kini, rasa yang buat ketika ini menghantui saya... jujur hati ini seperti selepas ini kemana lagi rujukan saya? itula perasaan kini pabila mengetahui dr ingin bersara. dr, saya ingin dr tau selama saya mengenali dr di alam maya ini saya dapat rasa satu kekuatan keimanan yang lain dari apa yang saya pegang dulu, iaitu memegang sesuatu itu berdasarkan ilmu, berdalil. pada mulanya saya seperti orang lain, mencemuh dr tanpa pengetahuan tentang kebenaran, dr lah wahabi dan sedangkan saya tidak mengetahui apa itu wahabi. maaf saya ucapkan buat dr, tapi setelah mendengar dan membuka minda saya sekarang mengetahui, tanggapan bukanlah agama, tapi ilmu adalah agama. dari insan yang pada mulanya mengutuk setiap insan yang dilabel wahabi, kepada insan yang menyanjungi perjuangan insan yang menegakan Al-Quran dan Al-Sunnah. biarpun dia mengelarkan dirinya wahabi, kerana beruntungla dia kerana mengikuti sunnah.

tapi saya sedar ini adalah terbaik, persaraan dr adalah yang terbaik. kehendak ALLAH mengatasi kehendak manusia. saya tahu perjuangan ini bukanlah kerana dr, tapi kerana ALLAH dan RasulNYA. saya akan tetap bejuang menegakkan Al-Quran dan Al-sunnah. biar lah bagi mereka yang tidak memahami, saya akan cuba memahamkan mereka dengan upaya dan doa kita.

dr, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat bersara untuk dr. moga dengan kajian baru dr akan menjadikan perjuangan kita lebih berkesan dan lancar... salam perjuangan