Wednesday, September 22, 2010

Prestasi Blog Ku ini



20 september 2010 bermula semula aktiviti aku berblog dengan 3P baru aku. Pendapat,Pemahaman & Perkongsian. Setelah kali terakhir menulis 24 Januari 2010 tu pun satu post tu jea, sebelum tu berhenti pada 2 Mei 2009. Satu Blog yang betul betul menerangkan siapakah Mohamad Faizal Bin Saedon dari segi cara pemikiran dan pemahaman.




Blog ini bermula pada 24 Oktober 2007 dengan permulaan tajuk Nilailah dengan Ilmu.


Kerana bagi aku bila kita ada ilmu barulah kita menilai dengan cara yang betul. tidak salah dan tidak silap. Kebanyakan orang ramai menilai dengan tanggapan orang lain mengenai sesuatu. Dan biasanya bila msyarakat sudah terpengaruh, maka nilaian juga akan salah. Contohnya bab letak Mahar pernikahan. Jelas dalam hadith Nabi dalam kitab kitab ahli yang thiqah(dipercayai) seperti Bukhari, Muslim dan sebagainya menyatakan dengan kefahaman wanita yang baik adalah yang kecil Maharnya. Tapi apa berlaku sekarang? Mahar ditentukan dengan taraf kerjaya dan taraf pembelajaran. Ini satu contoh penilaian kita tidak berdasarkan ilmu tapi berlandaskan tanggapan orang ramai.




Hehee...




jadi nak kongsi statistik penjenguk blog aku untuk 3 hari ini. saja buat tontonan...

Segarkan Hari anda dengan Ketawa

Bas Geng Bas sekolah

Ying & Yang


Safety First!!!

Alamak.....


Selamat pagi semua. Hari ini bermula dengan baik, walaupun semalam 2,3 kali terbangun disebabkan Amsyar tak dapat tidur lena, ada sesuatu yang dia tak dapat semalam tu yang di mengamuk tu.hehee..



Hari ni duk lama duk termenung di depan komputer, banyak yang nak diceritakan. Cuma mood nak menulis tak datang sangat sebab masih dalam mood Alpha Beta(mengantuk). Mengantuk ni memang dah jadi kebiasaan pagi pagi, al-maklumlah tidurnya lewat, bangunnya awal sebab komitmen kerja. Jadi terfikir satu cara untuk menaikan kadar kecergasan tubuh ni dengan melayan gambar gambar lucu. Rupanya cara ini menjadi tuh... terus terang mataku... nah layan sikit gambar ni k.

Kematian,Ianya satu kepastian

Hari Sabtu lepas aku kuar outing setelah lama berehat semperna ramadhan. Apa yang nak disampaikan. Kesengsaraan Amukan Sesal 2.



Model : Junaidi Mohd Rani (Mr Monsoon)
artwork : faizalsaedon

Tuesday, September 21, 2010

Mimpi disiang hari vs Mimpi dimalam hari

Salam buat kawan yang sudi membaca blog ni.

Post mengenai mimpi ni adalah cetusan dari perbincangan kecil antara aku dengan IM terkemuka saudara Zulsmartusaha. Kata beliau,

"Impian tanpa Tindakan adalah Mimpi ngeri di siang hari."

Mari aku bawa anda kedalam Pemahaman aku, tak semestinya betul tapi inilah saya, dan cara saya berfikir.
  1. Sokong 100% Impian tiada Tindakakan adalah sia sia. Ini kefahaman aku secara keseluruhan mengenai apa yang saudara Zul maksudkan.
  2. Analogi mimpi ngeri di siang hari tu aku tak faham sangat. Sampaikan aku berfikir apakah beza rasanya bermimpi di waktu yang berainan. Bezakah impaknya? adakah mimpi disiang hari itu sial dan mimpi dimalam hari itu baik? tidak, kerana tiada contoh dari sunnah hal yang sedemikian.
  3. Aku cuba memahami, dengan bertanya kawan, ada yang kata umpama mimpi di siang hari tu berangan, tapi saudara Zul tulis mimpi ngeri.

Jadi aku mula membuka langkah perbincanga untuk memahami satu analogi dari insan yang aku anggap hebat dalam dunia online Bis ni. Balasan demi balasan ayat dikemukakan, sehinggakan aku berumusan:-

  • Perumpamaan seharusnya mempunyai hujjah yang konkrik, sebaiknya disandarkan pada Al-Quran dan Al-Hadith.

Mengapa? kerana setiap insan akan cuba memahami sesuatu dengan kadar seseorang. Jika tiada garis panduan maka perumpamaan bisa menjadi sesuatu yang memecahbelahkan.

Contohnya:-

  • Salah tafsir masyarakat mengenai perumpamaan yang tersohor, "Mahu Kenal ALLAH, Kena kenal diri sendiri dulu"

Tafsiran ayat ini memecahbelahkan umat dengan terlalu banyak. Ada yang tak ikut syariaat sebab tak kenal lagi diri sendiri. Ada yang mengaku diri adalah ALLAH selepas menafsirkan ayat ini, dan macam macam lagi. dan ketahuilah ianya bukanlah Syariat dan Suruhan ALLAH dan Rasul kita.

Masalah inilah yang aku maksudkan ketamadunan bahasa. Bahasa yang diikuti dengan Ilmu yang sahih dan bergaris panduan.

Aku berpendapat dan menulis. Terima kasih En ZulSmartUsaha sebab komen ttg gaya tulisan aku yang kica bara. InsyaALLAH akan dipertingkatkan lagik mutunya.

cicak tokkey @ tokek - Apa tindakan kita???


Sebelum bercerita panjang ni aku amik dari http://ajaibbenar.blogspot.com/ yang dia pun amik dari wiki ttg cicak tokek ni.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).



Semalam berlansung seperti biasa pertemuan kengkawan untuk sessi perbincangan malam yang penuh dengan macam macam, pasti akan masuk adalah isu masalah sosial remaja sekarang, Isu Ugama, pengalaman macam macam.. lemas la, jatuh bangunan la, jumpa ular sawa la.. masing masin nak berkongsi. walau apapun niat asal nak gi ambik buku ngan en Aiman, buku teks kulinari masa dia belajar kat UiTM dulu. yealah orang rumah sekarang buat kek, so nak amik ilmu untuk buat kek yang sedap untuk pelanggan. tapi akhirnya buku ntah kemana.. yang hanggat semalam adalah CICAK TOKEK.!!!!

Aku: percaya akan adanya cicak tokek dan kajian keatasnya tapi tak percaya cicak ni adalah bernilai jutaan ringgit. kenapa? sebab semua kaki nak tokek ni aku nampak gaya diorang poyo semacam jea.. tunjuk lagak kata dah jual banyak.. tapi keta masih gen2. hehehe.. kalau aku dah tukar paling busuk Honda Civic @ City baru tu...

Aiman: Percaya yang amat sangat akan ujudnya jutaan ringgit dalam jual \beli tokek.. katanya kawanya di pasir mas dah dapat 4Juta dengan jual tokek.. lebih 1kg yang sekor tu.

Anih: anih nih aku kelaskan orang yang sederhana.. tapi last last banyak gak jampuk... semangat dah datang...

Fatahah: sorang kawan yang dah pegang tokek, sebab tokey tempat kerja dia abang aziz katanya deal direct dari orang holand untuk jual beli tokek ni.

Jadi kami berempat berbincang ttg kebenaran isu ni.. macam apa yang aku tulis perdebatan ringan berlaku.. dan biasanya aku nakan kebenaran dan lantas aku mencadangkan sidang meja untuk mengatur satu XPDC mencari tokek... ni lah isunya.. ramai katanya dah jadi jutawan dengan tokek, so apa tindakan kita.. semudah ada tokek lebih dari 300g dah jadi puluhribuan... so kalau kita hanya berbahas dan bercakap.. tokek tu tak akan lalu depan kita sambil angkat peace!!!

Jadi keputusan sidang nak adakan XPDC tu... bila??? nanti aku updated

Blogger Hebat kat Malaysia

Nak berkongsi dengan korang Blogger kat malaysia yang bagi aku tersangatlah hebat.. mereka ada pengaruh dan yang paling sempoi mereka berkongsi sesuatu yang biasa tapi hasilnya jadi luar biasa hebat.


Blogger ni adalah pelanggan tetap kedai maya isteri saya. Blogger yang berasal dari kelantan ni berkongsi segala macam perkongsian dalam blog ni. dan tak salah jika saya cakap ni antara blogger kat kelantan yang paling berjaya. Orangnya hebat kerana telah buktikan ada blog yang hebat.. tahniah lynna



cikgu yang berbahasakan dirinya DJ aku tak faham sebenarnya kenapa.. tapi merupakan blogger yang hebat... bermastautin di Pahang. blog yang banyak mengajar cara mana nak dapat idea yang bernas dalam memacu trafik untuk blog. Aku kagumi beliau sebab lakukan sesuatu yang biasa, tapi rutin.. hasilnya luarbiasa



Antara Blogger yang dah masuk Surat Khabar.. Malah dah kena rush ngan LHDN, faham faham lea... bergitu termotivasi dengan blog ibu yang meminati sesangat kalermerah... satu blog yang sangat sempoi tapi mempunyai ramai pembaca, hinggakan statistik menyatakan 4juta dah baca blog ni... wow... aku termotivasi....


blog perkongsian ilmu dan perihal berlaku di negeri kelantan darul naim. Cik ampunya blog bagi saya sangat berilmu dan selalu upgred ilmu yang dia ada... walaupun nichenya berbeza dengan blog yang lain, aku ttp akan melawat laman ni setiap hari.. walaupun banyak yang aku tak faham.. huhuuu



lelaki dengan muscle yang berketol ketol... memang en ben ni adalah blogger lelaki yang memberi aku harapan untuk terus menulis.. blog yang mempunya 3ribu follower.... itu jea aku nak cakap kehebatan lelaki ini berblog... faham faham jeala... hehehe... apepun tahniah en ben kerana ada jugak lelaki dalam senarai aku ni...hehehe..

setakat ni aku kongsikan yang ni dulu... pada yang memahami.. blog mereka ada trafik yang tinggi, jadi bagi pemasaran yang berbaloi baloi... maka sinilah tempatnya... banyak lagi yang hebat diluar sana.. tapi tak aku tahu dan temui lagik... moga ada sapa sapa tahu bleh berkongsi...

Monday, September 20, 2010

Menang RM5000 bayar RM1000

Kisah mengenai seorang pegawai bank yang mempunyai satu persoalan besar ttg seorang pakcik tua yang selekeh tapi setiap hari memasukan RM1000 kedalam akaunnya di kaunter bank (tua sampai tak tahu nak guna mesin deposit wang)

Memang hampir setiap hari pak tua tu masukan amaun sebayak RM1000 dan kekadang lebih. Jadi satu hari pegawai bank tu tak dapat tahan sifat ingin tahunya lalu meninggalkan kaunter dan menahan pakcik tersebut. lantas bertanya...
PB: apa pekerjaan pakcik sampai tiap tiap hari datang masukan duit RM1000?
PT: ambo ari ari menang pertaruhan...
PB: jadi kerja pakcik buat taruhan ari ari dan menang???
PT: yo laaa...
PB: ish... gini, saya ni orang yang paling hebat dalam pertaruhan dalam bank ni, tak pernah saya kalah... apa kata saya dan pakcik bertaruh... nak???
PT: oooo... buleh sangat laaa... memang kerja pakcik dah tu...
PB: Jadi nak bertaruh apa?
PT: macam ni, 2 hari lagik kamu punya batu anu( batu kemaluan lelaki) takde... macamana berani???
PB: oloh mudahnya... bereh.. 2 ari lagik pakcik mari kita tentukan sapa menang pertaruhan ini.

dijadikan ceritanya mereka bertaruh dan pastilah pegawai bank tu akan menyahut cabaran tu.. sbb macamana benda tu nak hilang...
2 hari kemudian.....

PB: salam pakcik... hehheeee... dah ready pitih???
PT: ada... tapi ada ke batu anu tu?
PB: eh ada.... mestilah ada!!
PT: betul ke? kena cek dulu.....
PB: ok...
maka pakcik tua tu pun merabalah pegawai bank tu...
PT: ok.. ada... nah RM1000
PB: hehehe hebat aku..... kalahkan pakcik yang selalu menang taruhan tu...

esokan harinya.... pakcik tua tu datang dan nak masukan RM4000 dalam akaunnya... terkejut pegawai bank tu... lalu bertanya
PB: aiikk menang besar lepas kalah dengan saya semalam yea pakcik...
PT: hehehe... a`a semalam pakcik bertaruh dengan jaga (guard) bank.. yang kalau pakcik dapat raba batu anu kamu dia akan bagi RM5000... jadi semalam kan pakcik cek batu anu kamu...

huhuuuu.... apepun kisah ni hanya gurauan... apepun teladanya... fikir fikirkanlaaa.... hahahargghhh

hehehe.....

Ayahnda Sultan Failkan Petisyen Kepada Sultan

Ayah Saman Anak...
Orang Kelantan akan faham....

Tuanku Ismail Petra telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin bagi mencabar pemasyhuran anakanda sulung Baginda, Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah, kata peguam, Datuk Param Cumaraswamy.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta mahkamah untuk campurtangan dan mengisytiharkan Baginda sebagai Sultan Kelantan yang sah.
Pada sidang medianya pada Isnin, Param berkata, Tuanku Ismail, 60 tidak mengiktiraf pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan yang sah pada 13 September lalu.

nak tahu lebih lanjut klik ni:- http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/21/mstar_berita/20100920193943&sec=mstar_berita

apepepun Aku tetap Takbir3x

Selamat Datang pada Diri Ini

Selamat datang kembali ke ruang yang tertinggal sekian lama.. Lama aku tak memberi 3P dalam ruang ini. Pendapat,Penulisan dan Pemahaman. merindui kerana suatu masa dulu ruang ini adalah sahabat baik aku. Kerana aku sendiri tidak tahu kepastian kenapa aku tinggalkan lama ruang keramat ini aku cuba senaraikan antara sebabnya.

1. Malas
2. Sibuk dengan kehidupan baru setelah berpindah ke KB
3. Menambah Minat baru (snap gambar ngan DSLR)
4. Sibuk ngan Bisnes www.amsyarbaker.com
5. Banyak luangkan ruang kepada bisnes IT dan berforum www.carigold.com
6. Kekadang jadi tukang urut www.urutkb.blogspot.com
7. Sekarang duk sibuk dengan idea baru ttg laman web baru dan ebook pertama.

itu antara yang aku sempat nak listkan. apepun harapan ku moga ruang ini berkekalan dan menjadi satu wadah untuk ku berkongsi Ruang, luang dan peluang... moga dapat kita sama sama amik manfaat.

Sunday, January 24, 2010

kita tak tahu sebab tak ambik tahu.. geran kerajaan

Cradle Investment Programme (CIP) adalah program yang pertama untuk geran bantuan untuk idea-idea yang berkaitan teknologi di Malaysia. bantuan geran ini sehinga maxima 150k bagi setiap cadangan idea yang telah diluluskan. Program CIP ini diuruskan oleh Cradle Fund Sdn Bhd yang ditaja oleh Kementerian Kewangan. Badan ini bertujuan untuk membantu dan bukan bersifat untuk meraih keuntungan. Program ini cukup sesuai untuk para-para usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

Invesment focus Cradle Fund Sdn Bhd ini adalah bagi perniagaan atau bukan berniagaan (Research study) di dalam bidang ICT dan Non-ICT. Selain daripada untuk pembangunan idea produk, ianya juga membantu dari segi Advanced manufacturing (related with technology), Renewable enargy/waste and recycaling technologies, High technologis consumer & business product.

Programme offer from cradle are:
1. Grant
2. Market validation
3. Commercial exposure
4. Proven Developmental structure & Serizes

Cradle are the developmental partners. Partner for Industry, funding and commercialization.

The process how to get this fund?
1. Application and evaluation process
2. Recommandation and approval process
3. Reimbursement and mentoring process

How to apply?
Just go to the website : www.cradle.com.my
Helpline: email: enquiries@cradle.com.my
and Batch close 3rd Monday of Every month