Salam.. dah agak lama aku tak benar benar menulis blog ni. kesibukan hidup membuatkan aku lebih banyak mendengar dan melihat. hari ini aku cuba menghimpunkan antara kisah yang aku lalui selama aku cuba untuk mentajdid diri aku.
pemahaman ku sepertimana rasullullah.
aku sebenarnya cuba untuk merubah hidup aku, sebaik mungkin, aku telah menemui cara yang terbaik yakni dengan mencari ilmu. jika satu hari dulu aku berubah, ianya tak akan sama dengan perubahan ini, perubahan kali ini ada bukti, dalilnya. kalau dulu aku berubah hanya dengan pengalaman insani. banyak perubahannya, kali ini aku akan selalu dalam rasa tenang dan bahagia dengan izinNYA.
dulu:-
aku sepertimana insan biasa akan cuba untuk mencari yang terbaik dalam hidup ini, melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. jadi dengan pemahaman itu aku selalu berfikir bagaimanakah caranya yang dipanggil terbaik itu. banyak yang telah aku lalui. dari mencuba sesuatu yang biasa hingga ke luar biasa. aku pernah mengamalkan puasa yang lain caranya dari apa yang ditunjukan rasullullah, aku berpuasa macam biasa cuma lainnya aku tak memakan benda yang berdarah, aku cuma memakan benda yang tumbuh dari tanah. lama aku mengamalkan cara ini, dan niat ku ialah untuk mencapai redho illahi. bukan itu saja, aku dalam masa puasa jugak tak akan tidur berlapikan bantal atau sesuatu yang menyelesakan. ini antara amalan tambahan aku. wahai sahabat yang membaca, mungkin ada yang akan memuji cara ku tapi tahulah kalian, cara itu tidak mengikut cara yang ditunjukan rasulullah? dulu aku memuji orang yang beramal macam aku ini. dan biasanya amalan ini datang dari orang yang biasa ada terikat dengan golongan tariqat.
sekarang:-
sedarlah aku sekarang bahawa cara aku dulu adalah kesesatan yang nyata. bukankah rasullullah itu teladan? tirulah dia, sesungguhnya rasullullah telah membawa agama yang sempurna. jadi aku telah pun tahu akan kesilapan aku dulu, yakni cuba jadi yang terbaik dengan jalan yang tereka bukan dari rasullullah. dari amalan yang aku sendiri yang buat dan ada antaranya aku ambil dari orang yang tua dan nampak berilmu. sekarang aku tiru Muhammad S.A.W. buat program 101 dengan sirah Rasul. aku berubah dengan dalil dan bukti. aku tiru insan yang disahkan oleh ALLAH sebagai manusia yang terbaik. dah tak perlu aku susah payah nak fikir karut marut. cuma aku perlu belajar tentang dirinya melalui Quran dan sunnahnya.
wahai teman yang sudi membaca. adakah cara yang kamu lalui berlandaskan jalan yang ditinggalkan nabi Muhammad S.A.W? jika tidak.. masih belum terlambat untuk kamu kembali.. jika kamu ingin kebenaran, silalah luangkan masa kamu di www.al-ahkam.net insyaALLAH jalan yang menanti kamu sungguh indah.
di mana pun ada cabaran
setelah aku berubah kepada menjadikan nabi Muhammad saebagai contoh teladan, diriku banyak berubah. cara aku berfikir berubah dan ianya jugak merubah cara fizikalku. aku berasa amat selesa dengan perubahan ini, kenapa? kerana aku membuat sesuatu dengan mengetahui inilah cara Rasullullah. contoh macam mana aku solat. dulu aku ambik cara solat sepertimana kamu mengambil cara solat kamu, tidak pernah mengetahui dari mana puncanya. kita bertanggapan apa pun yang datang itu adalah dari rasullullah, tapi kita silap tanpa ilmu kita akan menghadapi dalam amalan solatpun ada penambahan yang bukan dari rasulullah. jadi aku gembira bila cara aku solat ini berdalil dari hadis rasullullah. aku ambik bulat bulat dan aku buang mentah mentah apa yang tertambah. disini bukanlah aku kata cara kamu solat itu salah, tapi adakah kamu ada dalil yang menguatkan kamu mengapa kamu bersolat macam itu?
segala puji bagi ALLAH aku dapat bersolat sepertimana nabiku bersolat. tapi bila aku berubah ada yang cuba mengkritik. ada tuduhan yang dilemparkan dan sebagainya.
diperlekehkan solatku.
solatku diperlekehkan oleh seorang yang berpendidikan tinggi, malah katanya pernah membaca khutbah jumaat. katanya aku silap dalam beramal. dia menyatakan ada sesuatu yang tak kena dalam diri aku. perkara ini terjadi bila cara aku solat tidak macam solat dia. aku ditegur, kenapa macam tu solatkamu? jadi kau menjawab dengan membawa dalil, aku berhujjah mempertahankan dalil itu, tapi akhirnya aku dikatanya masih mentah. aku terima. aku akui jika dibandingkan dengan dia aku memang mentah, mungkin aku hanya taraf budak bagi dia. aku tak berganjak dari jalan ku, tetap aku mentajdidkan diri ku. sehinggakan satu hari dia memanggil aku lagi bersama 3 orang lainnya untuk berhujjah dengan ku. aku tetap pergi kerana aku ingin mendengar hujjah dari mereka mengapa aku dikatakan salah? tapi apa yang terjadi, hanya aku yang mengeluarkan hujjah yang berlandaskan al Quran dan hadis nabi, mereka hanya menyatakan aku salah, tindakan mereka sebenarnya bukan menilai hadis tapi menilai aku. itu yang aku kesal. aku terus juga berhujjah, dan akhir kat mereka hanya mampu berkata inilah perangai murid dr asri. itulah ayat pematah mereka bagi aku. menyalahkan seorang ilmuan yang bergelar mufti. sedangkan mereka? mufti jugak kot? aku tersenyum membalas ejekan mereka. bagiku mereka hanya orang yang tersalah cara penilaian, nilailah hujjah ku bukan diri ku. bayangkan orang yang berpangkat kerani sepertiku, sedangkan mereka adalah pegawai atasan yang bergaji 5000. pasti susah ego mereka ingin ditundukan. tapi bayangkanlah jika meraka berfikiran bergitu adakah layak Muhammad yang dulunya hanya suami kepada saudagaryang kaya, yang berkerja sambil mengalir peluh, adakah mereka jugak akan terus ego? tangapan ini hanyalah untuk difikirkan.
wahai sahabat inilah apa yang berlaku, tapi bagiku inilah ujian dan kemanisan dalam mentajdidkan diri. dugaan dan cabaran ini tidaklah sehebat mana pun, jika kita bandingkan dengan rasul kita dulu. benar tak? setakat kita hanyalah diejek dengan kecik, maka sabarlah dalam ujian ini. pasti suatu hari nanti kita pasti akan tersenyum.
No comments:
Post a Comment