Wednesday, January 16, 2008

banyak tapi sempit

salam....

Tahun baru masihi, dan tahun baru hijrah,cabaran baru dari seorang kawan rapat, mak balik Mekah, saya bertunang, Al-ahkam ditutup ini adalah isu yang saya ingin sangat meluahkan pendapatnya di ruang ini.. tapi apakan daya banyaknya idea tidak menentukan banyaknya entry yang akan ditaip di sini, kerana sempitnya masa dan usaha.

Alhamdullillah atas berkah yang diberi, atas peluang untuk merasai semua yang banyak dan sempit ini, kerana dari Mu adalah yang terbaik.

tapi semua yang ingin saya luahkan hanyalah luahan perasaan saya yang ingin mengasah otak ini untuk terus hidup berpandukan ilmu dan teladan tinggalan Muhammad S.A.W.

inilah kehidupan, tak semua yang kita ingini akan kita miliki, tapi jangan sesekali tinggalkan usaha yang membolehkan kita mencapai apa yang kita ingini. jangan mudah mengaku kalah sebelum melakukan yang terbaik. jangan sandarkan diri kamu kepada zon yang selesa, kerana pendapat saya zon selesalah merupakan kawasan yang paling teruk buat kita manusia.
usahalah mencapai apa yang diimpikan, mengikut Al - Quran dan Al-Sunnah. jangan pernah melanggar batasan agama dalam mencapai sesuatu. ini adalah asas kepada usaha itu. carilah ilmu, sirah yang pernah tercatat atas kesempurnaan Islam yang di bawa Rasulullah. rujuklah guru untuk ilmu, carilah guru yang ahli dalam hal tersebut. kerana kegagalan kita merujuk pada yang ahli kita yang akan menaggung rugi.

sekadar berkongsi, pagi ini aku mulakan hari dengan membaca satu artikel ( www.syeikh-takiri.blogspot.com) dan disambung melalui link ke saiful islam, membicarakan tentang penutupan Al-Ahkam.net, sedar aku akan kekurangan diri dan mula meluap hati ingin berusaha menjadi seperti mereka, mampu memberikan pendapat dengan berlandaskan ilmu dan teladan dari sunnah. mereka mampu berhujjah, tegaknya pendapat mereka dek kerana hujjah. itulah bezanya aku dan mereka... ilmu. tapi bagi aku, mereka lelaki aku pun lelaki ( diambil dari kata imam Syafie ) aku mampu jika berusaha. dan aku ingin berusaha. AKU MAMPU!!! aku bermula dan ingin bertapak tapi aku juga terkilan dengan penutupan al-ahkam. tempat rujuk dan tempat menimba ilmu ku.. mungkin aku adalah antara paling baru mengenali laman web al-ahkam, tapi rasa kecintaan yang melanda membuatkan aku rindu akan ilmu yang ada di dalamnya. aku berdoa moga ruang itu akan di nyata kan semula, di maya ini.

salam...

No comments: