Tuesday, October 19, 2010
Jadi kat sini aku nak kongsi satu laman web terbaik ttg tutorial buat blog, banyak trick yang diajar, yang hebatnya blog ni berbahasa melayu. so apa lagi blogger, amik kesempatan ni.. serbu blog dia. http://www.maribinablog.blogspot.com
Perkongsian ini ditaja oleh http://www.amsyarnetwork.blogspot.com hehe....
Monday, October 18, 2010
Monday, October 11, 2010
Kebelakangan ni aku terusik oleh satu kisah silam, yang membuatkan aku teruja uja.. tapi disamping tu aku juga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya aku suka dengan bisnes yang berpeluang dan beruang sendiri. Jadi MLM jadi salah satu yang aku minat, sebab kita ada masa dan pilihan kita sendiri. Kebelakangan ini aku dengar banyak program, dari rakan rakan sebaya aku... aku terfikir tatkala aku dah trasa nak terus berhenti disebabkan cabaranya, ramai plak kawan yang menceburi. Aku terfikir.. Mereka baru nak kenal rupanya.. Aku dah masak dan penuh dengan pengalaman jatuh bangun dalam MLM.
Jadi apa perlu aku buat??? aku fikir.....
Friday, October 8, 2010
Finland Negara Pertama Haram Rokok
Wednesday, October 6, 2010
Apa itu tumblr ???
Assalamualaikum warahmatullah. Pernah anda dengar nama Tumblr? Jika tidak, mungkin kerana ianya (Tumblr) agak asing bagi para pengguna internet di Malaysia, tetapi hakikatnya Tumblr merupakan sebuah platform microblogging yang semakin mendapat tempat di dunia blogging.
Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan pada 8 Mac lalu, terdapat sebanyak 2 juta artikel baru (secara purata) dengan sejumlah 15 000 pengguna baru setiap hari.

Definisi Tumblr diberikan seperti di bawah:
umblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to their tumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard.
Dengan fungsinya sebagai sebuah platform microblogging, Tumblramat mudah digunakan dan pengguna boleh memuatkan apa sahaja, dari artikel pendek, sehinggalah kepada kandungan multimedia seperti audio, gambar dan video, selain pengguna boleh memuatkan kandungan berbentuk links dan chat dengan begitu mudah. Selain itu, pengguna Tumblr pula boleh melakukan follow ke atas blog (atau disebut sebagai tumblelogs) sama seperti di Twitter.
Jelasnya, adalah Tumblr platform yang membolehkan anda memuatkan apa sahaja kandungan manakala bagi anda yang ingin mempunyai sebuah blog tetapi kurang rajin menaip atau terlalu sibuk,Tumblr mungkin jawapan terbaik untuk anda
Selamat mencuba. Wassalam.
Di ambil Direct dari blog http://savetherebels.gofreeserve.com/2010/03/apa-itu-tumblr/
cuma ubah gambar je...
Monday, October 4, 2010
Hadiah bernilai RM2000 untuk dimenangi
Hari ni nak citer pasal satu projek besar aku dalam 2,3 menjak ni, baru dalam pra pelancaran, tak siap sepenuhnya lagik, perlu lengkapkan serta pilih tarikh untuk mulakan hal ini.
Projek ni adalah satu idea yang dah lama terpendam, duk tunggu semangat, last last minggu ni datang semangat tu.
Memperkenalkan AmsyarNetwork di persada alamaya.
Funginya merupakan badan induk kepada hasil Diriku dan Isteri tercinta. Penjenamaan ini untuk mempeluaskan jenama Amsyar yang telah dimulakan dengan projek yang sangat memberangsangkan iaitu Amsyarbaker, dan diikuti dengan AmsyarStudio. Jadi AmsyarNetwork akan menaungi dua produk Amsyar ni.
Banyak lagi projek akan menyusul seperti Bloglistkelantan, UrutKB yang berada diperingkat percubaan lagi. Bakal menyusul dalam masa terdekat ialah AmsyarCourses dimana akan menyediakan kelas kelas untuk orang ramai dalam bidang bakery dan bisnes it serta banyak lagi.
Kepesatan peningkatan pengguna Internet merupakan salah satu faktor mengapa AmsyarNetwork ditubuhkan, kerana berniaga di alamaya ni tak perlukan komitmen yang penuh seperti mana memiliki sebuah kedai yang perlu dikhuatiri ttg sewa bulanan. Prinsip Letak dan Tunggu membuatkan kita tak perlu bersusah payah untuk memantau. Yang Hebatnya, Pelanggan akan cari kita. Banyak kebaikan dan kehebatan perniagaan online ni. Lain Post saya kongsi k...
Apapun semperna kelahiran AmsyarNetwork ni, kami ingin berikan anda Hadiah bernilai RM2000 bagi membuktikan kami serius dalam perniagaan ini.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
www.AmsyarNetwork.blogspot.com
Google VS Facebook

Sunday, October 3, 2010
Duit Haram
Minda politik kita dicemari oleh media massa yang keterlaluan MEMBELA satu pihak.
Bagi insan biasa macam saya dah nampak isu ketidak adilan pemerintah dalam isu ini.
Politik yang diamalkan di Malaysia adalah politik orang penakut, dikala meng-Gah-kan Hang Tuah dan lain kehebatan Malaysia boleh, kita sebenarnya penakut.
Isu Duit Haram yang di war warkan ni, sampaikan memalukan insan lain, siap buat perjumpaan memulangkan duit Haram, buat sepanduk sambut Ketua Menteri dengan kata kata kesat adalah satu tindakan orang yang jahil. Kalau setiap wang haram dari pemerintah kena dipulangkan, Maksudnya setiap kaki tangan Awam dan badan yang dapat bayaran dari kerajaan patut pulangkan duit itu, Terutama barisan Pimpinan Negara sekarang.
Katanya kita Negara Islam, yang mahukan islam, tapi....
Sikap kita tidak menyandarkan satu satu tindakan kepada Quran dan Hadith adalah satu penunjuk besar kita sebenarnya hanyalah boneka kepada pihak tertentu. Mereka panaskan kita dengan isu wang haram, dan mereka mengambil kesempatan dengan hal itu seperti mana berlaku di PP. Hatta orang Kafir tak nak duit haram... inilah dikatakan kemurnian bagi mereka sedangkan Nabi dalam satu Hadith yang menceritakan Abu Bakar bertaruh dengan seorang kafir mengenai ketepatan AlQuran (sebelum Judi secara keseleruhannya diharamkan) menang taruhan tersebut lalu menanyakan Nabi mengeai wang itu lantas Nabi menyatakan itu wang haram maka sedekahkanlah ia. hadith di ambil dari laman ust. Zaharuddin .
Tertanya dimanakah Mufti? untuk menyampaikan kebenaran, maka benarkah? pendapat Agama penduduk satu tempat adalah agama Muftinya. Adakah Mufti kita bercanggah dengan 4 mazhab yang menghalalkan duit haram bagi tujuan sedekah untuk fakir miskin dan kegunaan membangunkan negara?
Saturday, October 2, 2010
Broadband celcom slow
tak berkarya dan tokleh buat ape ngan blog ni.
sebabnya... Broadband Celcom Slow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!