Wednesday, October 6, 2010

Apa itu tumblr ???


Assalamualaikum warahmatullah. Pernah anda dengar nama Tumblr? Jika tidak, mungkin kerana ianya (Tumblr) agak asing bagi para pengguna internet di Malaysia, tetapi hakikatnya Tumblr merupakan sebuah platform microblogging yang semakin mendapat tempat di dunia blogging.

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan pada 8 Mac lalu, terdapat sebanyak 2 juta artikel baru (secara purata) dengan sejumlah 15 000 pengguna baru setiap hari.


Definisi Tumblr diberikan seperti di bawah:

umblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to their tumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard.

Dengan fungsinya sebagai sebuah platform microblogging, Tumblramat mudah digunakan dan pengguna boleh memuatkan apa sahaja, dari artikel pendek, sehinggalah kepada kandungan multimedia seperti audio, gambar dan video, selain pengguna boleh memuatkan kandungan berbentuk links dan chat dengan begitu mudah. Selain itu, pengguna Tumblr pula boleh melakukan follow ke atas blog (atau disebut sebagai tumblelogs) sama seperti di Twitter.

Jelasnya, adalah Tumblr platform yang membolehkan anda memuatkan apa sahaja kandungan manakala bagi anda yang ingin mempunyai sebuah blog tetapi kurang rajin menaip atau terlalu sibuk,Tumblr mungkin jawapan terbaik untuk anda :-)

Selamat mencuba. Wassalam.

Di ambil Direct dari blog http://savetherebels.gofreeserve.com/2010/03/apa-itu-tumblr/

cuma ubah gambar je...

No comments: