Salam sejahtera saing saing...
Hari ni nak citer pasal satu projek besar aku dalam 2,3 menjak ni, baru dalam pra pelancaran, tak siap sepenuhnya lagik, perlu lengkapkan serta pilih tarikh untuk mulakan hal ini.
Projek ni adalah satu idea yang dah lama terpendam, duk tunggu semangat, last last minggu ni datang semangat tu.
Memperkenalkan AmsyarNetwork di persada alamaya.
Funginya merupakan badan induk kepada hasil Diriku dan Isteri tercinta. Penjenamaan ini untuk mempeluaskan jenama Amsyar yang telah dimulakan dengan projek yang sangat memberangsangkan iaitu Amsyarbaker, dan diikuti dengan AmsyarStudio. Jadi AmsyarNetwork akan menaungi dua produk Amsyar ni.
Banyak lagi projek akan menyusul seperti Bloglistkelantan, UrutKB yang berada diperingkat percubaan lagi. Bakal menyusul dalam masa terdekat ialah AmsyarCourses dimana akan menyediakan kelas kelas untuk orang ramai dalam bidang bakery dan bisnes it serta banyak lagi.
Kepesatan peningkatan pengguna Internet merupakan salah satu faktor mengapa AmsyarNetwork ditubuhkan, kerana berniaga di alamaya ni tak perlukan komitmen yang penuh seperti mana memiliki sebuah kedai yang perlu dikhuatiri ttg sewa bulanan. Prinsip Letak dan Tunggu membuatkan kita tak perlu bersusah payah untuk memantau. Yang Hebatnya, Pelanggan akan cari kita. Banyak kebaikan dan kehebatan perniagaan online ni. Lain Post saya kongsi k...
Apapun semperna kelahiran AmsyarNetwork ni, kami ingin berikan anda Hadiah bernilai RM2000 bagi membuktikan kami serius dalam perniagaan ini.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
www.AmsyarNetwork.blogspot.com
No comments:
Post a Comment