
Semalam 27.09.10 lebih kurang pukul 7ptg aku dapat msg dari seorang kawan, Mohd Haizam yang berada di Kuala Lipis mengenai kematian Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.
Berita yang tersebar ini mengingatkan aku pada satu berita dulu, juga mengaitkan Adun Galas meninggal dunia, keadaan beliau yang kurang sihat kadang kadang diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah bagi memanaskan suasana. Jadi tanpa mempercayai berita itu dengan mudah aku memastikannya dengan seorang teman yang merupakan anak kepada seorang YB di Kota Bharu.
Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Semoga Beliau dirahmati ALLAH dan ditempatkan ditaman taman Syurga ALLAH.
Perkongsian:- Janganlah terlalu cepat menyebarkan satu satu berita yang tak sahih sumbernya. Jadilah orang yang berhemah dengan memastikan dulu sesuatu sumber itu. Semoga rakyat Malaysia umumnya, dan umat Islam Khususnya mengambil peringatan ini. Kerana sudah berleluasa fitnah di tiap lorong disegenap penjuru Malaysia, kerana kejahilan dan ketaksuban.
Moga kita berubah menjadi Masyarakat contoh dalam komuniti kita yang berbilang agama ini.
No comments:
Post a Comment