Saturday, September 25, 2010

Kaya dan Gedeber

Menghargai cuti minggu sehinggakan tidak sempat aku nak berblog walaupun pengalaman hari minggu sangat la banyak nak dikongikan, tapi takpe antaranya akan diblogkan sedikit masa lagik. Secara rumusanya aku jumpa:

  • Abe Loh (bukan nama sebenar) - Seorang yang dah pegang RM puluhan ribu sejak berumur awal 20-an. Seorang yang menjalankan bisnes ikut niche Teknologi Maklumat ni sekarang dah berumur awal 30-an. Sekarang menjalankan projek baru menyambungkan fiber untuk kegunaan salah satu syarikat telekomunikasi terkaya diMalaysia. Orangnya tidak sombong dan suka berkongsi.
  • Bahra (bukan nama sebenar) - Seorang kenalan aku masa sekolah lagik. lebih tepat, junior aku. Sekarang berpenampilan sangat lain dengan rambut yang panjang dan bergaya dengan baju yang berjenama. Memiliki penampilan yang bagi aku sangat hampeh. Bagi dia mempunyai kawan yang gedeber membuatkannya hebat. Pakai kereta tarik dari geng penarik kereta tanpa perlu bayar bulan bulan adalah satu yang dibanggakannya.

Dua karekter berbeza, sorang dengan kemahsyuran atas kejayaannya dan satu atas kedeberan orang lain. Aku bukanlah ingin menilai hati budi seseorang. Tapi aku bangga dengan kita yang punya tatasusila bila bercakap, nak pakai kereta sakit takpe.. tapi cara bagitahu tu biarla sopan dan tidak meriakan diri. Abe loh pun pakai kereta sakit, tapi dia cakap dengan cara sopan dan tidak riak.. berbanding ngan Bahra.. aku mual mendengarnya.

Gedeber = Samseng (ayat orang Kelantan)

No comments: