Tuesday, September 21, 2010

Mimpi disiang hari vs Mimpi dimalam hari

Salam buat kawan yang sudi membaca blog ni.

Post mengenai mimpi ni adalah cetusan dari perbincangan kecil antara aku dengan IM terkemuka saudara Zulsmartusaha. Kata beliau,

"Impian tanpa Tindakan adalah Mimpi ngeri di siang hari."

Mari aku bawa anda kedalam Pemahaman aku, tak semestinya betul tapi inilah saya, dan cara saya berfikir.
  1. Sokong 100% Impian tiada Tindakakan adalah sia sia. Ini kefahaman aku secara keseluruhan mengenai apa yang saudara Zul maksudkan.
  2. Analogi mimpi ngeri di siang hari tu aku tak faham sangat. Sampaikan aku berfikir apakah beza rasanya bermimpi di waktu yang berainan. Bezakah impaknya? adakah mimpi disiang hari itu sial dan mimpi dimalam hari itu baik? tidak, kerana tiada contoh dari sunnah hal yang sedemikian.
  3. Aku cuba memahami, dengan bertanya kawan, ada yang kata umpama mimpi di siang hari tu berangan, tapi saudara Zul tulis mimpi ngeri.

Jadi aku mula membuka langkah perbincanga untuk memahami satu analogi dari insan yang aku anggap hebat dalam dunia online Bis ni. Balasan demi balasan ayat dikemukakan, sehinggakan aku berumusan:-

  • Perumpamaan seharusnya mempunyai hujjah yang konkrik, sebaiknya disandarkan pada Al-Quran dan Al-Hadith.

Mengapa? kerana setiap insan akan cuba memahami sesuatu dengan kadar seseorang. Jika tiada garis panduan maka perumpamaan bisa menjadi sesuatu yang memecahbelahkan.

Contohnya:-

  • Salah tafsir masyarakat mengenai perumpamaan yang tersohor, "Mahu Kenal ALLAH, Kena kenal diri sendiri dulu"

Tafsiran ayat ini memecahbelahkan umat dengan terlalu banyak. Ada yang tak ikut syariaat sebab tak kenal lagi diri sendiri. Ada yang mengaku diri adalah ALLAH selepas menafsirkan ayat ini, dan macam macam lagi. dan ketahuilah ianya bukanlah Syariat dan Suruhan ALLAH dan Rasul kita.

Masalah inilah yang aku maksudkan ketamadunan bahasa. Bahasa yang diikuti dengan Ilmu yang sahih dan bergaris panduan.

Aku berpendapat dan menulis. Terima kasih En ZulSmartUsaha sebab komen ttg gaya tulisan aku yang kica bara. InsyaALLAH akan dipertingkatkan lagik mutunya.

No comments: