Saturday, November 13, 2010

Tuesday, October 19, 2010

Sebenarnya aku tengah mencari sesuatu dalam kehidupan sehariku. Semangat nak berjaya tapi tanpa landasan dan jadual yang betul telah buat aku kelam kabut. Banyak idea dan terlalu banyak idea serta terlalulah terbanyak idea membuatkan 1 idea pun tak berjalan lansung. Jadi aku memang tengah serabut sekarang... mana satu nak di utamakan dulu dalam idea ni.. takpe, aku nak pilih yang terbaik dan fokuskan yang itu.

Jadi kat sini aku nak kongsi satu laman web terbaik ttg tutorial buat blog, banyak trick yang diajar, yang hebatnya blog ni berbahasa melayu. so apa lagi blogger, amik kesempatan ni.. serbu blog dia. http://www.maribinablog.blogspot.com

Perkongsian ini ditaja oleh http://www.amsyarnetwork.blogspot.com hehe....

Monday, October 11, 2010

3,4 hari ni sibuk ngan promosi blog isteriku.. nak buat peraduan, dah 5 hari launch.. baru sorang je peserta.. takpe.. ujian dari ALLAH..

Kebelakangan ni aku terusik oleh satu kisah silam, yang membuatkan aku teruja uja.. tapi disamping tu aku juga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya aku suka dengan bisnes yang berpeluang dan beruang sendiri. Jadi MLM jadi salah satu yang aku minat, sebab kita ada masa dan pilihan kita sendiri. Kebelakangan ini aku dengar banyak program, dari rakan rakan sebaya aku... aku terfikir tatkala aku dah trasa nak terus berhenti disebabkan cabaranya, ramai plak kawan yang menceburi. Aku terfikir.. Mereka baru nak kenal rupanya.. Aku dah masak dan penuh dengan pengalaman jatuh bangun dalam MLM.

Jadi apa perlu aku buat??? aku fikir.....

Wednesday, October 6, 2010

Apa itu tumblr ???


Assalamualaikum warahmatullah. Pernah anda dengar nama Tumblr? Jika tidak, mungkin kerana ianya (Tumblr) agak asing bagi para pengguna internet di Malaysia, tetapi hakikatnya Tumblr merupakan sebuah platform microblogging yang semakin mendapat tempat di dunia blogging.

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan pada 8 Mac lalu, terdapat sebanyak 2 juta artikel baru (secara purata) dengan sejumlah 15 000 pengguna baru setiap hari.


Definisi Tumblr diberikan seperti di bawah:

umblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to their tumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard.

Dengan fungsinya sebagai sebuah platform microblogging, Tumblramat mudah digunakan dan pengguna boleh memuatkan apa sahaja, dari artikel pendek, sehinggalah kepada kandungan multimedia seperti audio, gambar dan video, selain pengguna boleh memuatkan kandungan berbentuk links dan chat dengan begitu mudah. Selain itu, pengguna Tumblr pula boleh melakukan follow ke atas blog (atau disebut sebagai tumblelogs) sama seperti di Twitter.

Jelasnya, adalah Tumblr platform yang membolehkan anda memuatkan apa sahaja kandungan manakala bagi anda yang ingin mempunyai sebuah blog tetapi kurang rajin menaip atau terlalu sibuk,Tumblr mungkin jawapan terbaik untuk anda :-)

Selamat mencuba. Wassalam.

Di ambil Direct dari blog http://savetherebels.gofreeserve.com/2010/03/apa-itu-tumblr/

cuma ubah gambar je...

Monday, October 4, 2010

Hadiah bernilai RM2000 untuk dimenangi

Salam sejahtera saing saing...

Hari ni nak citer pasal satu projek besar aku dalam 2,3 menjak ni, baru dalam pra pelancaran, tak siap sepenuhnya lagik, perlu lengkapkan serta pilih tarikh untuk mulakan hal ini.
Projek ni adalah satu idea yang dah lama terpendam, duk tunggu semangat, last last minggu ni datang semangat tu.

Memperkenalkan AmsyarNetwork di persada alamaya.

Funginya merupakan badan induk kepada hasil Diriku dan Isteri tercinta. Penjenamaan ini untuk mempeluaskan jenama Amsyar yang telah dimulakan dengan projek yang sangat memberangsangkan iaitu Amsyarbaker, dan diikuti dengan AmsyarStudio. Jadi AmsyarNetwork akan menaungi dua produk Amsyar ni.

Banyak lagi projek akan menyusul seperti Bloglistkelantan, UrutKB yang berada diperingkat percubaan lagi. Bakal menyusul dalam masa terdekat ialah AmsyarCourses dimana akan menyediakan kelas kelas untuk orang ramai dalam bidang bakery dan bisnes it serta banyak lagi.

Kepesatan peningkatan pengguna Internet merupakan salah satu faktor mengapa AmsyarNetwork ditubuhkan, kerana berniaga di alamaya ni tak perlukan komitmen yang penuh seperti mana memiliki sebuah kedai yang perlu dikhuatiri ttg sewa bulanan. Prinsip Letak dan Tunggu membuatkan kita tak perlu bersusah payah untuk memantau. Yang Hebatnya, Pelanggan akan cari kita. Banyak kebaikan dan kehebatan perniagaan online ni. Lain Post saya kongsi k...

Apapun semperna kelahiran AmsyarNetwork ni, kami ingin berikan anda Hadiah bernilai RM2000 bagi membuktikan kami serius dalam perniagaan ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca.
www.AmsyarNetwork.blogspot.com

Google VS Facebook


Carta menunjukan penggunaan 2 laman web berpengaruh di dunia, www.google.com dan www.facebook.com di dunia.
di Malaysia facebook dah melintasi google, time aku tgk minggu lepas. Apa yang nak disampaikan secara tersirat ialah, pengguna internet makin bertambah dan bercambah. Jadi belum terlambat kalau nak mulakan sesuatu idea, perniagaan atau kebajikan.
Contoh perniagaan - AmsyarNetwork
Contoh kebajikan - Masjid Hunter

Sunday, October 3, 2010

Duit Haram

Minggu ni bosan betul tgk berita, asyik isu PKR dan Duit Haram Kerajaan Pulau Pinang.
Minda politik kita dicemari oleh media massa yang keterlaluan MEMBELA satu pihak.
Bagi insan biasa macam saya dah nampak isu ketidak adilan pemerintah dalam isu ini.
Politik yang diamalkan di Malaysia adalah politik orang penakut, dikala meng-Gah-kan Hang Tuah dan lain kehebatan Malaysia boleh, kita sebenarnya penakut.

Isu Duit Haram yang di war warkan ni, sampaikan memalukan insan lain, siap buat perjumpaan memulangkan duit Haram, buat sepanduk sambut Ketua Menteri dengan kata kata kesat adalah satu tindakan orang yang jahil. Kalau setiap wang haram dari pemerintah kena dipulangkan, Maksudnya setiap kaki tangan Awam dan badan yang dapat bayaran dari kerajaan patut pulangkan duit itu, Terutama barisan Pimpinan Negara sekarang.

Katanya kita Negara Islam, yang mahukan islam, tapi....
Sikap kita tidak menyandarkan satu satu tindakan kepada Quran dan Hadith adalah satu penunjuk besar kita sebenarnya hanyalah boneka kepada pihak tertentu. Mereka panaskan kita dengan isu wang haram, dan mereka mengambil kesempatan dengan hal itu seperti mana berlaku di PP. Hatta orang Kafir tak nak duit haram... inilah dikatakan kemurnian bagi mereka sedangkan Nabi dalam satu Hadith yang menceritakan Abu Bakar bertaruh dengan seorang kafir mengenai ketepatan AlQuran (sebelum Judi secara keseleruhannya diharamkan) menang taruhan tersebut lalu menanyakan Nabi mengeai wang itu lantas Nabi menyatakan itu wang haram maka sedekahkanlah ia. hadith di ambil dari laman ust. Zaharuddin .

Tertanya dimanakah Mufti? untuk menyampaikan kebenaran, maka benarkah? pendapat Agama penduduk satu tempat adalah agama Muftinya. Adakah Mufti kita bercanggah dengan 4 mazhab yang menghalalkan duit haram bagi tujuan sedekah untuk fakir miskin dan kegunaan membangunkan negara?

Saturday, October 2, 2010

Broadband celcom slow

Cuti ni memang cuti sangat ni...
tak berkarya dan tokleh buat ape ngan blog ni.

sebabnya... Broadband Celcom Slow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 29, 2010

Model untuk di tugaskan.



Buat tatapan kawan kawan, gambar telent baru, Adlina Harith. Baru berusia 20tahun dan seorang yang berbakat dalam seni posing ni. Kalau ada sapa sapa nak guna model untuk baju pengantin ke, ape ke, boleh hubungi saya k.

Tuesday, September 28, 2010

Papan tanda Tandas pecah perut

Memancing????


15minit je??

Jangan Buat... Nak pandai pandai.. Apala???


Hahahaa!!!! nasib tak ilang....






Berlatih main G-spot hari hari



























Tgk skali memang canggihla idea ni.. Kreatif dan ada yang akan cakap melampau..
Apapun anda rasa dan fikir terpulang.
Bagi saya ianya kreatif...

Monday, September 27, 2010

Adun Galas Meninggal Dunia


Semalam 27.09.10 lebih kurang pukul 7ptg aku dapat msg dari seorang kawan, Mohd Haizam yang berada di Kuala Lipis mengenai kematian Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Berita yang tersebar ini mengingatkan aku pada satu berita dulu, juga mengaitkan Adun Galas meninggal dunia, keadaan beliau yang kurang sihat kadang kadang diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah bagi memanaskan suasana. Jadi tanpa mempercayai berita itu dengan mudah aku memastikannya dengan seorang teman yang merupakan anak kepada seorang YB di Kota Bharu.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Semoga Beliau dirahmati ALLAH dan ditempatkan ditaman taman Syurga ALLAH.
Perkongsian:- Janganlah terlalu cepat menyebarkan satu satu berita yang tak sahih sumbernya. Jadilah orang yang berhemah dengan memastikan dulu sesuatu sumber itu. Semoga rakyat Malaysia umumnya, dan umat Islam Khususnya mengambil peringatan ini. Kerana sudah berleluasa fitnah di tiap lorong disegenap penjuru Malaysia, kerana kejahilan dan ketaksuban.
Moga kita berubah menjadi Masyarakat contoh dalam komuniti kita yang berbilang agama ini.

Jawatan Kosong di Kota Bharu

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dan sedia untuk berkhidmat untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan seperti berikut:
  1. Pegawai Hal Ehwal Islam (S 41)
  2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa (J29)
  3. Penolong juruaudit (W27)
  4. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa (J17)
  5. Pembantu Veterinar (G17)
  6. Pembantu Pertanian (G17)
  7. Pembantu Akauntan (W17)
  8. Penghantar notis (N3)
  9. Pemandu Kenderaan (R3)

  1. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, kelayakan, taraf jawatan dan lain-lain sila layari laman web : http://www.spn.kelantan.gov.my/.

Borang permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN.KN 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM 1.00 dan sila hantar permohonan yang telah lengkap ke alamat berikut:

SETIAUSAHA,SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN,TINGKAT BAWAH BLOK 6,KOTA DARUL NAIM,15503 KOTA BHARU

Tarikh Tutup Permohonan: 4 Oktober 2010

Rujukan dari http://myccbest.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

gadis berbogel buat laporan polis

Buletin Utama semalam, disiarkan berita seorang pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis dan berada dalam ketakutan kerana gambar separa bogelnya telah tersebar ke internet. Popular budak ni masuk buletin utama.. celcom,maxis,digi,kfc,petronas dan syarikat besar lain bayar juta juta nak iklan masa tu.. huhuuu... tapi kesianla jugak kat budak tu...

Kisah Budak Teraniaya..
  • Gambar separa bogel dan ghairah tu ada di simpan di dalam pendrivenya
  • Diberi kepada rakan sinior untuk tugasan kertas kerja
  • Rakan sinior mengupload gambar tersebut di satu akaun facebook dengan menggunakan nama penuh gadis tersebut
  • Gadis tersebut ketakutan dan malu membuat laporan polis

Pendapat aku

  • Gadis ini teraniaya dek kerana kegongannya (kebodohanya) apasala duk rakam gambar separa bogel dan ghairah???
  • Lagik menunjukan Kegongannya dia bagi pendrive yang ada gambar bogelnya itu pada orang lain?? ape kes??? ke mmg nak berkongsi??? aku saja mengagak.
  • Yang paling dajjal adalah orang yang upload gambar tu dalam facebook dan siap buat akaun facebook lagik. dia ni paling berdosa sebab mengaibkan seseorang dengan keaiban yang teramat sangat.. (aku pantang betul orang macam ni, kalau depan aku mau kena turning kick nih..)

Aku berfahaman orang yang gong itu salah tapi antara dia dan ALLAH... Moga ALLAH mengampuninya.. tapi Orang yang Mendedahkan itu sangatlah jahat dan zalim kerana dia berdosa antara gadis yang teraniaya dan ALLAH skali gus. Jadi Mohonlah ampun dan berkatalah maaf kerana ianya masih belum terlambat...

Saturday, September 25, 2010

Kaya dan Gedeber

Menghargai cuti minggu sehinggakan tidak sempat aku nak berblog walaupun pengalaman hari minggu sangat la banyak nak dikongikan, tapi takpe antaranya akan diblogkan sedikit masa lagik. Secara rumusanya aku jumpa:

  • Abe Loh (bukan nama sebenar) - Seorang yang dah pegang RM puluhan ribu sejak berumur awal 20-an. Seorang yang menjalankan bisnes ikut niche Teknologi Maklumat ni sekarang dah berumur awal 30-an. Sekarang menjalankan projek baru menyambungkan fiber untuk kegunaan salah satu syarikat telekomunikasi terkaya diMalaysia. Orangnya tidak sombong dan suka berkongsi.
  • Bahra (bukan nama sebenar) - Seorang kenalan aku masa sekolah lagik. lebih tepat, junior aku. Sekarang berpenampilan sangat lain dengan rambut yang panjang dan bergaya dengan baju yang berjenama. Memiliki penampilan yang bagi aku sangat hampeh. Bagi dia mempunyai kawan yang gedeber membuatkannya hebat. Pakai kereta tarik dari geng penarik kereta tanpa perlu bayar bulan bulan adalah satu yang dibanggakannya.

Dua karekter berbeza, sorang dengan kemahsyuran atas kejayaannya dan satu atas kedeberan orang lain. Aku bukanlah ingin menilai hati budi seseorang. Tapi aku bangga dengan kita yang punya tatasusila bila bercakap, nak pakai kereta sakit takpe.. tapi cara bagitahu tu biarla sopan dan tidak meriakan diri. Abe loh pun pakai kereta sakit, tapi dia cakap dengan cara sopan dan tidak riak.. berbanding ngan Bahra.. aku mual mendengarnya.

Gedeber = Samseng (ayat orang Kelantan)

Wednesday, September 22, 2010

Prestasi Blog Ku ini



20 september 2010 bermula semula aktiviti aku berblog dengan 3P baru aku. Pendapat,Pemahaman & Perkongsian. Setelah kali terakhir menulis 24 Januari 2010 tu pun satu post tu jea, sebelum tu berhenti pada 2 Mei 2009. Satu Blog yang betul betul menerangkan siapakah Mohamad Faizal Bin Saedon dari segi cara pemikiran dan pemahaman.




Blog ini bermula pada 24 Oktober 2007 dengan permulaan tajuk Nilailah dengan Ilmu.


Kerana bagi aku bila kita ada ilmu barulah kita menilai dengan cara yang betul. tidak salah dan tidak silap. Kebanyakan orang ramai menilai dengan tanggapan orang lain mengenai sesuatu. Dan biasanya bila msyarakat sudah terpengaruh, maka nilaian juga akan salah. Contohnya bab letak Mahar pernikahan. Jelas dalam hadith Nabi dalam kitab kitab ahli yang thiqah(dipercayai) seperti Bukhari, Muslim dan sebagainya menyatakan dengan kefahaman wanita yang baik adalah yang kecil Maharnya. Tapi apa berlaku sekarang? Mahar ditentukan dengan taraf kerjaya dan taraf pembelajaran. Ini satu contoh penilaian kita tidak berdasarkan ilmu tapi berlandaskan tanggapan orang ramai.




Hehee...




jadi nak kongsi statistik penjenguk blog aku untuk 3 hari ini. saja buat tontonan...

Segarkan Hari anda dengan Ketawa

Bas Geng Bas sekolah

Ying & Yang


Safety First!!!

Alamak.....


Selamat pagi semua. Hari ini bermula dengan baik, walaupun semalam 2,3 kali terbangun disebabkan Amsyar tak dapat tidur lena, ada sesuatu yang dia tak dapat semalam tu yang di mengamuk tu.hehee..



Hari ni duk lama duk termenung di depan komputer, banyak yang nak diceritakan. Cuma mood nak menulis tak datang sangat sebab masih dalam mood Alpha Beta(mengantuk). Mengantuk ni memang dah jadi kebiasaan pagi pagi, al-maklumlah tidurnya lewat, bangunnya awal sebab komitmen kerja. Jadi terfikir satu cara untuk menaikan kadar kecergasan tubuh ni dengan melayan gambar gambar lucu. Rupanya cara ini menjadi tuh... terus terang mataku... nah layan sikit gambar ni k.

Kematian,Ianya satu kepastian

Hari Sabtu lepas aku kuar outing setelah lama berehat semperna ramadhan. Apa yang nak disampaikan. Kesengsaraan Amukan Sesal 2.



Model : Junaidi Mohd Rani (Mr Monsoon)
artwork : faizalsaedon

Tuesday, September 21, 2010

Mimpi disiang hari vs Mimpi dimalam hari

Salam buat kawan yang sudi membaca blog ni.

Post mengenai mimpi ni adalah cetusan dari perbincangan kecil antara aku dengan IM terkemuka saudara Zulsmartusaha. Kata beliau,

"Impian tanpa Tindakan adalah Mimpi ngeri di siang hari."

Mari aku bawa anda kedalam Pemahaman aku, tak semestinya betul tapi inilah saya, dan cara saya berfikir.
  1. Sokong 100% Impian tiada Tindakakan adalah sia sia. Ini kefahaman aku secara keseluruhan mengenai apa yang saudara Zul maksudkan.
  2. Analogi mimpi ngeri di siang hari tu aku tak faham sangat. Sampaikan aku berfikir apakah beza rasanya bermimpi di waktu yang berainan. Bezakah impaknya? adakah mimpi disiang hari itu sial dan mimpi dimalam hari itu baik? tidak, kerana tiada contoh dari sunnah hal yang sedemikian.
  3. Aku cuba memahami, dengan bertanya kawan, ada yang kata umpama mimpi di siang hari tu berangan, tapi saudara Zul tulis mimpi ngeri.

Jadi aku mula membuka langkah perbincanga untuk memahami satu analogi dari insan yang aku anggap hebat dalam dunia online Bis ni. Balasan demi balasan ayat dikemukakan, sehinggakan aku berumusan:-

  • Perumpamaan seharusnya mempunyai hujjah yang konkrik, sebaiknya disandarkan pada Al-Quran dan Al-Hadith.

Mengapa? kerana setiap insan akan cuba memahami sesuatu dengan kadar seseorang. Jika tiada garis panduan maka perumpamaan bisa menjadi sesuatu yang memecahbelahkan.

Contohnya:-

  • Salah tafsir masyarakat mengenai perumpamaan yang tersohor, "Mahu Kenal ALLAH, Kena kenal diri sendiri dulu"

Tafsiran ayat ini memecahbelahkan umat dengan terlalu banyak. Ada yang tak ikut syariaat sebab tak kenal lagi diri sendiri. Ada yang mengaku diri adalah ALLAH selepas menafsirkan ayat ini, dan macam macam lagi. dan ketahuilah ianya bukanlah Syariat dan Suruhan ALLAH dan Rasul kita.

Masalah inilah yang aku maksudkan ketamadunan bahasa. Bahasa yang diikuti dengan Ilmu yang sahih dan bergaris panduan.

Aku berpendapat dan menulis. Terima kasih En ZulSmartUsaha sebab komen ttg gaya tulisan aku yang kica bara. InsyaALLAH akan dipertingkatkan lagik mutunya.

cicak tokkey @ tokek - Apa tindakan kita???


Sebelum bercerita panjang ni aku amik dari http://ajaibbenar.blogspot.com/ yang dia pun amik dari wiki ttg cicak tokek ni.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).



Semalam berlansung seperti biasa pertemuan kengkawan untuk sessi perbincangan malam yang penuh dengan macam macam, pasti akan masuk adalah isu masalah sosial remaja sekarang, Isu Ugama, pengalaman macam macam.. lemas la, jatuh bangunan la, jumpa ular sawa la.. masing masin nak berkongsi. walau apapun niat asal nak gi ambik buku ngan en Aiman, buku teks kulinari masa dia belajar kat UiTM dulu. yealah orang rumah sekarang buat kek, so nak amik ilmu untuk buat kek yang sedap untuk pelanggan. tapi akhirnya buku ntah kemana.. yang hanggat semalam adalah CICAK TOKEK.!!!!

Aku: percaya akan adanya cicak tokek dan kajian keatasnya tapi tak percaya cicak ni adalah bernilai jutaan ringgit. kenapa? sebab semua kaki nak tokek ni aku nampak gaya diorang poyo semacam jea.. tunjuk lagak kata dah jual banyak.. tapi keta masih gen2. hehehe.. kalau aku dah tukar paling busuk Honda Civic @ City baru tu...

Aiman: Percaya yang amat sangat akan ujudnya jutaan ringgit dalam jual \beli tokek.. katanya kawanya di pasir mas dah dapat 4Juta dengan jual tokek.. lebih 1kg yang sekor tu.

Anih: anih nih aku kelaskan orang yang sederhana.. tapi last last banyak gak jampuk... semangat dah datang...

Fatahah: sorang kawan yang dah pegang tokek, sebab tokey tempat kerja dia abang aziz katanya deal direct dari orang holand untuk jual beli tokek ni.

Jadi kami berempat berbincang ttg kebenaran isu ni.. macam apa yang aku tulis perdebatan ringan berlaku.. dan biasanya aku nakan kebenaran dan lantas aku mencadangkan sidang meja untuk mengatur satu XPDC mencari tokek... ni lah isunya.. ramai katanya dah jadi jutawan dengan tokek, so apa tindakan kita.. semudah ada tokek lebih dari 300g dah jadi puluhribuan... so kalau kita hanya berbahas dan bercakap.. tokek tu tak akan lalu depan kita sambil angkat peace!!!

Jadi keputusan sidang nak adakan XPDC tu... bila??? nanti aku updated

Blogger Hebat kat Malaysia

Nak berkongsi dengan korang Blogger kat malaysia yang bagi aku tersangatlah hebat.. mereka ada pengaruh dan yang paling sempoi mereka berkongsi sesuatu yang biasa tapi hasilnya jadi luar biasa hebat.


Blogger ni adalah pelanggan tetap kedai maya isteri saya. Blogger yang berasal dari kelantan ni berkongsi segala macam perkongsian dalam blog ni. dan tak salah jika saya cakap ni antara blogger kat kelantan yang paling berjaya. Orangnya hebat kerana telah buktikan ada blog yang hebat.. tahniah lynna



cikgu yang berbahasakan dirinya DJ aku tak faham sebenarnya kenapa.. tapi merupakan blogger yang hebat... bermastautin di Pahang. blog yang banyak mengajar cara mana nak dapat idea yang bernas dalam memacu trafik untuk blog. Aku kagumi beliau sebab lakukan sesuatu yang biasa, tapi rutin.. hasilnya luarbiasa



Antara Blogger yang dah masuk Surat Khabar.. Malah dah kena rush ngan LHDN, faham faham lea... bergitu termotivasi dengan blog ibu yang meminati sesangat kalermerah... satu blog yang sangat sempoi tapi mempunyai ramai pembaca, hinggakan statistik menyatakan 4juta dah baca blog ni... wow... aku termotivasi....


blog perkongsian ilmu dan perihal berlaku di negeri kelantan darul naim. Cik ampunya blog bagi saya sangat berilmu dan selalu upgred ilmu yang dia ada... walaupun nichenya berbeza dengan blog yang lain, aku ttp akan melawat laman ni setiap hari.. walaupun banyak yang aku tak faham.. huhuuu



lelaki dengan muscle yang berketol ketol... memang en ben ni adalah blogger lelaki yang memberi aku harapan untuk terus menulis.. blog yang mempunya 3ribu follower.... itu jea aku nak cakap kehebatan lelaki ini berblog... faham faham jeala... hehehe... apepun tahniah en ben kerana ada jugak lelaki dalam senarai aku ni...hehehe..

setakat ni aku kongsikan yang ni dulu... pada yang memahami.. blog mereka ada trafik yang tinggi, jadi bagi pemasaran yang berbaloi baloi... maka sinilah tempatnya... banyak lagi yang hebat diluar sana.. tapi tak aku tahu dan temui lagik... moga ada sapa sapa tahu bleh berkongsi...

Monday, September 20, 2010

Menang RM5000 bayar RM1000

Kisah mengenai seorang pegawai bank yang mempunyai satu persoalan besar ttg seorang pakcik tua yang selekeh tapi setiap hari memasukan RM1000 kedalam akaunnya di kaunter bank (tua sampai tak tahu nak guna mesin deposit wang)

Memang hampir setiap hari pak tua tu masukan amaun sebayak RM1000 dan kekadang lebih. Jadi satu hari pegawai bank tu tak dapat tahan sifat ingin tahunya lalu meninggalkan kaunter dan menahan pakcik tersebut. lantas bertanya...
PB: apa pekerjaan pakcik sampai tiap tiap hari datang masukan duit RM1000?
PT: ambo ari ari menang pertaruhan...
PB: jadi kerja pakcik buat taruhan ari ari dan menang???
PT: yo laaa...
PB: ish... gini, saya ni orang yang paling hebat dalam pertaruhan dalam bank ni, tak pernah saya kalah... apa kata saya dan pakcik bertaruh... nak???
PT: oooo... buleh sangat laaa... memang kerja pakcik dah tu...
PB: Jadi nak bertaruh apa?
PT: macam ni, 2 hari lagik kamu punya batu anu( batu kemaluan lelaki) takde... macamana berani???
PB: oloh mudahnya... bereh.. 2 ari lagik pakcik mari kita tentukan sapa menang pertaruhan ini.

dijadikan ceritanya mereka bertaruh dan pastilah pegawai bank tu akan menyahut cabaran tu.. sbb macamana benda tu nak hilang...
2 hari kemudian.....

PB: salam pakcik... hehheeee... dah ready pitih???
PT: ada... tapi ada ke batu anu tu?
PB: eh ada.... mestilah ada!!
PT: betul ke? kena cek dulu.....
PB: ok...
maka pakcik tua tu pun merabalah pegawai bank tu...
PT: ok.. ada... nah RM1000
PB: hehehe hebat aku..... kalahkan pakcik yang selalu menang taruhan tu...

esokan harinya.... pakcik tua tu datang dan nak masukan RM4000 dalam akaunnya... terkejut pegawai bank tu... lalu bertanya
PB: aiikk menang besar lepas kalah dengan saya semalam yea pakcik...
PT: hehehe... a`a semalam pakcik bertaruh dengan jaga (guard) bank.. yang kalau pakcik dapat raba batu anu kamu dia akan bagi RM5000... jadi semalam kan pakcik cek batu anu kamu...

huhuuuu.... apepun kisah ni hanya gurauan... apepun teladanya... fikir fikirkanlaaa.... hahahargghhh

hehehe.....

Ayahnda Sultan Failkan Petisyen Kepada Sultan

Ayah Saman Anak...
Orang Kelantan akan faham....

Tuanku Ismail Petra telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin bagi mencabar pemasyhuran anakanda sulung Baginda, Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah, kata peguam, Datuk Param Cumaraswamy.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta mahkamah untuk campurtangan dan mengisytiharkan Baginda sebagai Sultan Kelantan yang sah.
Pada sidang medianya pada Isnin, Param berkata, Tuanku Ismail, 60 tidak mengiktiraf pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan yang sah pada 13 September lalu.

nak tahu lebih lanjut klik ni:- http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/21/mstar_berita/20100920193943&sec=mstar_berita

apepepun Aku tetap Takbir3x

Selamat Datang pada Diri Ini

Selamat datang kembali ke ruang yang tertinggal sekian lama.. Lama aku tak memberi 3P dalam ruang ini. Pendapat,Penulisan dan Pemahaman. merindui kerana suatu masa dulu ruang ini adalah sahabat baik aku. Kerana aku sendiri tidak tahu kepastian kenapa aku tinggalkan lama ruang keramat ini aku cuba senaraikan antara sebabnya.

1. Malas
2. Sibuk dengan kehidupan baru setelah berpindah ke KB
3. Menambah Minat baru (snap gambar ngan DSLR)
4. Sibuk ngan Bisnes www.amsyarbaker.com
5. Banyak luangkan ruang kepada bisnes IT dan berforum www.carigold.com
6. Kekadang jadi tukang urut www.urutkb.blogspot.com
7. Sekarang duk sibuk dengan idea baru ttg laman web baru dan ebook pertama.

itu antara yang aku sempat nak listkan. apepun harapan ku moga ruang ini berkekalan dan menjadi satu wadah untuk ku berkongsi Ruang, luang dan peluang... moga dapat kita sama sama amik manfaat.

Sunday, January 24, 2010

kita tak tahu sebab tak ambik tahu.. geran kerajaan

Cradle Investment Programme (CIP) adalah program yang pertama untuk geran bantuan untuk idea-idea yang berkaitan teknologi di Malaysia. bantuan geran ini sehinga maxima 150k bagi setiap cadangan idea yang telah diluluskan. Program CIP ini diuruskan oleh Cradle Fund Sdn Bhd yang ditaja oleh Kementerian Kewangan. Badan ini bertujuan untuk membantu dan bukan bersifat untuk meraih keuntungan. Program ini cukup sesuai untuk para-para usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

Invesment focus Cradle Fund Sdn Bhd ini adalah bagi perniagaan atau bukan berniagaan (Research study) di dalam bidang ICT dan Non-ICT. Selain daripada untuk pembangunan idea produk, ianya juga membantu dari segi Advanced manufacturing (related with technology), Renewable enargy/waste and recycaling technologies, High technologis consumer & business product.

Programme offer from cradle are:
1. Grant
2. Market validation
3. Commercial exposure
4. Proven Developmental structure & Serizes

Cradle are the developmental partners. Partner for Industry, funding and commercialization.

The process how to get this fund?
1. Application and evaluation process
2. Recommandation and approval process
3. Reimbursement and mentoring process

How to apply?
Just go to the website : www.cradle.com.my
Helpline: email: enquiries@cradle.com.my
and Batch close 3rd Monday of Every month